Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Wednesday, February 27, 2013

Durian Crepe...Masih Bertsunami Lagi Ke...

Assalamualaikum..sblum tu nk tnya la..klu buat undian antara cik macaron dgn dc ni agak2 mana yg dipilih..klu tekak ni maz pilih dc lagi la..dc lagi sedapp dan boleh mkn banyak bnding dgn macaron..dri segi rupa pun rasanya xkalah dc ni..comel je wpun seakan2 bntuk bantal..ok la ni bkn la dc pestime yg maz buat..rsanya dah 7-8x berdurian crepe ni..memula buat msa kat bahrain thun lepas..wpun doyan kat sana mahal..smpai 60-70 hengit sbjik..tpi beli la jgk sbb nk suruh suami merasa dc ni..msa kat sna hri tu smpat la hbis 2 bjik doyan bercrepe ni..memang nk rasa yg filling durian..dan msa search cri rspi tu kluar mcm2 rspi..tpi brkenan dgn rspi ni sbb mudah sngat dan bhn2nya ada kat bahrain..klu guna tepung2 canggih tu memang xdpt la nk mrasa dc ni..jdi dri pestime buat smpai la dh buat berkali-kali..maz hnya setia dgn rspi ni..puas hati dah..mksih bnyk2 pda tuan punya rspi krna sudi berkongsi rspi ni..

bagi tekak ni kena guna filling doyan jgk..baru terserlah kehebatan rasanya..sebab rasa doyan lemak-lemak manis gituw..tpi trpulang la pda citarasa masing2..maz ni memang antu doyannn..buahan import ni kurang skit..bkn la xmkn..tpi lebih suka mkn mentah gituw je...

Durian Crepe by ilhamdapur.blogspot.com
Resipi : mytouch-miza.blogspot.com
Bahan-bahan

  • 20g tepung gandum
  • 20g tepung ubi
  • 10g tepung kastard
  • 10g tepung jagung
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar gula
  • 1 biji telur (A)
  • 40ml susu cair
  • 150ml air
  • sedikit essen vanilla
  • sedikit garam
  • sedikit pewarna - jika perlu

Cara
 
1. Campurkan semua bahan, gunakan whisk kacau hingga larut. Tapiskan dan boleh dadarkan atas kuali non stick, tak perlu oles minyak jika guna kuali non stick, memang tak melekat. Siap dan sejukkan sekejap.
 
2. Cara melipat - fresh/whipping cream di pukul kaku/kental - isi durian secukup nya - letakkan fresh cream atas kulit, kemudian letak isi durian dan tutup/lapis lagi semula dengan cream,baru lipat. Sejukkan dulu sekejap ...

wpun kehebatan dc ni dah xbertsunami lgi..tpi nk la jgk amik bhgian utk kenangan hri esk org kata kan..ok la semoga jumpa lagi..insyaallah..

Sunday, February 24, 2013

Daging Kambing Masak Hitam

 
Assalamualaikum..ni pun lauk yg dah kerap jgk duk msak msa kat sana thun lepas..hri ni bru ada rzki kmben ni nk kluar kat sni..maklum la mood tukang masak ni xmenentu..begini la jdinya..takpe la janji ada jgk n3 ni utk rujukkan akan dtg..kat sna memang asik bli kamben je..dpt idea nk msak mcm ni sbb pernah satu pagi tu ada beli roti canai utk bkpes..tpi kat bahrain pangil prata..pastu lauknya daging atau kamben msak kering gini la..cuma sana punya xde masuk kicap la..smua jenis merahh..bnyak pkai cili dan rempah..jdi dri situ la dpt ilham msak dging itam ni..wpun xsama..tpi anak2 suka..biasa la..janji ada kicappp..
 
layan dgn nasi pnas2 memang bleh hbis spngan..pastu ada plak sayur masak lemak..

Daging Kambing Masak Hitam by ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

  • 400g daging kambing segar - hiris nipis
  • 1 ulas bawang putih
  • 3-4 ulas bawang merah
  • 1/2 inci halia
  • 3-4 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu kecil serbuk kari daging
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1-2 sudu besar sos tiram
  • 1-2 sudu besar sos cili
  • 1 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 labu bawang besar - hiasan
  • cili merah dan cili hijau - hiasan
  • kicap manis secukupnya
  • minyak masak secukupnya
  • sedikit gula, garam dan aji
Cara

1. Dalam kuali masukkan daging, 1-2 sudu besar kicap manis dan 1 cawan air atau lebih jika perlu. Masak daging dengan api perlahan hingga daging lembut (biasanya dalam 12-15 minit). Kacau sekali-sekala.
 
2. Sementara itu tumbuk lumat bawang putih, bawang merah dan halia.
 
3. Bila daging dah lembut, keluarkan air (simpan airnya). Masukkan minyak dan goreng daging seketika (dalam 3-5 minit) sambil dikacau balik. Angkat dan ketepikan
 
4. Dengan minyak goreng daging tadi, tumis bahan tumbuk, daun kari, bunga lawang dan kulit kayu manis hingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar, serbuk kari dan serbuk jintan putih. Tumis seketika. Masukkan sos cili dan sos tiram.
 
5. Masukkan daging dan kacau sebati. Masukkan air rebus daging tadi secukupnya dan kicap manis jika perlu. Kacau balik biar sebati. Masukkan bawang besar, gula dan garam/aji secukup rasa.

6. Akhir sekali masukkan cili hiasan. Siap..
 
kat rmah ni hri2 lauk dging atau ayam je..ikan memang susah sngat nk jumpa..anak2 xmkn..ok la semoga jumpa lagi..insyaallah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...