Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, May 8, 2014

Indian Style Beef Curry

Assalamualaikum w.b.t...Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar...Bismillahir Rahmanir Rahim...Ya Allah..ampunilah dosa kami, dosa ayah dan ibu, dosa suami dan anak-anak kami, dosa adik beradik kami, dosa saudara mara, dosa sahabat yang kami sayangi dan dosa saudara muslim kami...Amiin...bertemu skli lgi dipagi khamis yg indah...Alhamdulillah atas nikmat dan rahmatMu...syukur Ya Allah...skli lgi update gambar lama...msih blum hbis2 lgi...tkpe la ye gmbar lama pun...xingat dh bila mask kari ni...kerapnyo menu india kli ni...mgkin sbb dah biasa mkn masakan india...lgipun kat sni dh bnyk campur india arab ni...bnyk restoran atau kedai mkn yg jual masakan india dan arab skli...gaya mknan arab nga india pun xbnyk beza...akhir kata mohon maaf andai ada tersalah dimana-mana dan semoga jumpa lagi...Insyaa Allah..
 
Indian Style Beef Curry by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

  • 1kg daging dengan tulang - maz guna tulang rusuk
  • 2 ulas bawang putih *
  • 4 ulas bawang merah *
  • 1 inci halia *
  • 2 sudu besar serbuk kari - campur air sikit
  • 1 sudu besar local curry powder - arab/india style
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih (cumin)
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 biji tomato - belah 6
  • 2-3 cawan santan
  • rempah 4 sekawan serba 1
  • sedikit daun ketumbar
  • garam, gula dan aji (jika suka)
  • sedikit minyak untuk menumis

Cara

1. Tumbuk lumat bahan yang bertanda *.

2. Dalam periuk (maz guna periuk tekanan) panaskan minyak secukupnya untuk menumis. Masukkan bahan tumbuk dan masak seketika. Kemudian masukkan rempah 4 sekawan, daun kari dan 3 jenis rempah serbuk serbuk. Kacau sebati.

3. Masukkan serbuk 2 jenis kari dan tumis biar pecah minyak, kemudian masukkan sedikit air. Tumis lagi sekejap.

4. Masukkan daging, kacau balik biar sebati. Tutup periuk (tutup biasa, letak je tudung) dan kacau sekali sekala agar daging mesra dengan bahan rempah dan daging keluarkan airnya (guna api sederhana) dan masak untuk 10 -13 minit. Kemudian masukkan  santan dan kacau sebati.

5. Buka tudung, masukkan daun ketumbar, buah tomato, bahan perasa dan tutup periuk tekanan dengan sempurna, kecilkan api dan masak selama 40 minit.

5. Bila dan masak buka periuk tekanan ikut arahannya dan masa ni kalau kurang rasa boleh la ditambah dan tabur sedikit daun ketumbar. Siap
 
kari pekat gini memang sdpp cicah nga roti...kat rmah ni gaya mask sma je...blik2 kari, klu lain skit nati anak2 xmkn...
 


Monday, May 5, 2014

Homemade Kuew Teow & Hasilnya

Assalamualaikum w.b.t...Subhanallah..Subhanallah..Subhanallah...Hasbunallah wa ni’mal wakil (..cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Dia adalah sebaik-baik pelindung - Al Imran, 173)...bertemu skli lgi dlm mood yg dipaksa2 jgk ni...kesian bnar kat kue teow ni lama snggguh dh kejdiannya...dah 3-4x homemade kue teow ni...bleh kata dh puas la menikmati char kuew teow nya...kepuasan tu sbb kuew teow tu buat sdrik...tu yg mahal sbnarnya...ok la dah pkul 11 lebih...xleh nk coret pnjang2 pgi ni...sat lgi nk amik anak skolah plak...utk rspi homemade kuew teow ni maz amik dri dapur Mamasya...memang terbaik rspi ni...hasilnya sama mcm yg org jual kat msia...jazakillahukhairan Mamasya dan tuan asal respi ni atas ilmu yg dikongsi bersama...akhir kata semoga jumpa lagi...Insyaa Allah dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada...
ni la rupe kuew teow yg dibuat sdri...yg pic atas tu stelah dimesin tapi belum direbus...yg bawah tu adalah hasilnya setelah direbus...siap utk dimsak...maz hnya buat char kuew teow dan kuew teow goreng je stakat ni...
Bahan-bahan
  • 1 mangkuk kecil kuew teow
  • 5-6 ekor udang - saiz sederhana besar
  • 1 biji telur - kacau dengan garfu
  • 1 ulas bawang putih - ketuk
  • 2-3 sudu besar cili kisar/cili boh
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1/2 sudu besar kicap manis @ secukupnya
  • 2-3 sudu besar minyak - untuk menumis
  • taugeh dan daun kuchai secukupnya
  • garam, gula dan sedikit serbuk pati ayam/perasa
  • air secukupnya
Cara

1. Panaskan minyak, masukkan bawang putih dan biar sekejap. Masukkan cili kisar dan tumis dengan api besar selama 30 saat, kemudian kecilkan api dan masukkan udang. Kacau balik sebati.
2. Masukkan semua jenis sos, kicap dan bahan perasa. Kacau sebati dan masukkan air secukupnya. 
3. Kemudian masukkan kuew teow dan balikkan biar sebati, masukkan taugeh, kucai dan telur, biar sekejap. Kemudian kacau perlahan-lahan untuk sebatikan telur. Padamkan api
4. Siap dan sedia untuk dihidangkan dengan cili jeruk jika ada.

Homeade Kuew Teow by http://ilhamdapur.blogspot.com
Resipi : Mamasya
Bahannya: (dpt 1.458 kg) - sekali buat maz buat 1/2 resipi je

  • 2 3/4 Cwn Tepung gandum
  • 1 Cwn Tepung pulut
  • 1/2 Cwn Tepung beras
  • 1 bj Putih telur + 1 Cwn Air
  • 1st Garam
  • Sedikit minyak untuk merebus mee dan digaulkan bersama mee
  • Tepung ubi secukupnya untuk ditaburkan ketika menghasilkan mee
Cara
1.Satukan semua bahan tepung bersama + Putih telur + Garam + Air.Uli hingga menjadi doh dan tidak melekat pada tapak tangan. *Jika doh terlalu keras tambahkan air 1sb sedikit demi sedikit hingga doh dirasakan mudah untuk diuli.Pastikan doh tidak terlalu lembut,bagi mengelakkan mee menjadi lembik ketika dicelur nanti.
2.Ambil doh yang siap diuli,lumurkan dgn tepung ubi sebelum dicanai menggunakan pasta maker.Ketebalan mee sebaiknya menggunakan mesin no 6 dua kali.Kemudian gunakan mata mesin untuk membuat kuey teow.(mama canai 2 kali guna mata mesin yg tebal dan 2 kali mata mesin yg nipis)
3.Panaskan periuk berisi air separuh penuh.Masukkan sedikit minyak masak,biarkan ia mendidih.
4.Celurkan mee yang siap dimesin ke dalam air mendidih.Mee akan timbul dipermukaan apabila sudah masak.
5.Toskan mee dan segera pindahkan ke dalam bekas berisi air sejuk selama 1 minit (mama tos dan siram kuey teow dg air sejuk/paip sekejap saja).Kemudian toskan mee hingga kering dan gaulkan bersama minyak masak supaya mee tidak melekat.Sedia untuk digunakan untuk hidangan anda..Selamat mencuba.

pgi semlm pun main tepung buat lgi...menu anak blik skolah tghri smlm...rsa mcm xprcaya dpt buat kuew teow sdrik...ingatkan susah nk buat...rupenya senang sngat2...dlm 30 minit dh bleh siap...betul...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...