Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, December 1, 2015

Lemon Chicken Chinese Style

Assalamualaikum w.b.t..'Allahumma La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin' (Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim), doa Nasi Yunus ketika dlm perut ikan..pestime jgk buat lemon chicken ni, smjak kebelakangan ni mood rajin explore menu baru la plak, ayam lemon ni kira menu pemes kat chinese dan thai restoran..memang sedap layan dgn nasi putih, tapi pasangannya tak kena la klu buat masak lemak deh..boleh keluar blik rsanya,  maz buat layan dgn tomyam..adoiii! tomyam xlepas dri dapur ni, 2x seminggu pun berlaku! sebagai panduan sos lemon tu maz tgk kat blogchef ni, tapi tak ikut 100%..yg lainnya maz buat cara sendiri, Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas kekurangan yg ada..

yg dh siap digoreng dan ready utk buh dlm pinggan, boleh buat kepingan gini pastu potong la atau boleh goreng saiz kecik2..maz buat gini sbb kat restoran biasanya hidang yg jenis keping gini..

LEMON CHICKEN (CHINESE STYLE) by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1-2 keping dada ayam - belah biar jadi kepingan nipis
  • 1/2 cawan allpurpose flour/tepung gandum*
  • 2 sudu besar tepung beras *
  • 1/2 sudu kecil baking powder *
  • sedikit serbuk pati ayam@garam *
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 biji telur - kocok dengan garfu
Sos Lemon
  • 200ml air
  • 1/4 cawan gula
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 2-3 keping lemon potong
  • 1-2 titik pewarna kuning
  • 1 sudu besar minyak sayur
  • sedikit serbuk pati ayam
Cara

1. Buat sos dulu, satukan semua bahan kecuali 2 bahan terakhir, kacau biar sebati.
2. Dalam periuk panaskan minyak, masukkan no 1 dan sedikit serbuk pati ayam, masak sambil dikacau selalu hingga sos jadi pekat dan berkilat, padamkan api.
3. Untuk ayam, susun kepingan ayam atas papan pemotong, lapik dengan plastik bersih dan tumbuk sikit dengan pengelek atau batu lesung biar jadi nipis, tapi jangan sampai pecah daging tu ye.
4. Gaul ayam dengan sos tiram, satukan bahan bertanda * dan ratakan atas pingan besar, panaskkan minyak untuk menggoreng secukupnya.
5. Celup ayam dalam telur kemudian golek dalam bancuhan tepung biar bersalut semua, pastu celup sekali lagi dalam telur dan masukkan dalam tepung semula, maz buat 2x proses ni agar keraknya tebal sikit.
6. Goreng hingga garing dikedua bahagian, angkat dan toskan.
7. Potong kepada beberapa bahagian dan tuang sos lemon secukupnya.
8. Sedia untuk dihidang ketika masih panas bersama nasi puith.

anak2 mesti suka ayam ni..sosnya sedikit manis, tapi sedapp, membangkitkan selera dgn aroma lemon segar..

Homemade Pandan Kaya

Assalamualaikum w.b.t..'Subhaanallah wabihamdihi subhaanallah hil'azim' (Maha Suci Allah dengan segala puji bagiNya, Maha Suci Allah yang Maha Agung), 2 kalimah yg ringan dilidah, berat ditimbangan Mizan..pestime rsanya homemade kaya ni, terjadinya kaya ni sbb nk mkn dgn cakoi tu la..selalunya duk mkn kaya botol je, sampai hangkut bawa sni berbotol2 jgk la kaya kipas udang..tu pun rsa sedap dh, rupenya yg kacau sdrik ni lgiiiii la teramat sedapnya..harum semerbak dgn bau wangi daun pandan yg dikisar dan santan segar, respi maz amik dri blog resepidaria..jazakillahukhairan atas respi yg dikongsi bersama, resipi asalnya dari blog nasilemaklover..Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan maaf atas khilaf yg ada..

2 hri berturut2 buat kaya ni..yg buat versi cair skit tu hbis layan dgn cakoi tu la, pastu yg betul kaya ni sapu kat roti..

HOMEMADE PANDAN KAYA by http://ilhamdapur.blogspot.com
Sumber Resipi : resepidaria
Bahan-bahan
  • 3 biji telur L
  • 250gm gula caster (220g gula pasir)
  • 350ml santan (200ml santan kotak+150ml air) - maz guna 250 ml santan segar + 100ml air pandan 
  • 8 helai daun pandan
  • 1 sudu kecil tepung kastard - ni maz tambah
  • secubit garam - maz tambah
Cara

1. Kisar daun pandan dengan sedikit air dan tapis ambil 150ml pati pandan, sebatikan dengan santan.
2. Satukan dengan telur, gula dan tepung kastard jika guna dalam bekas tahan panas, periuk dan kacau biar sebati dengan handwhisk.
3. Dalam kuali masukkan air secukupnya (kaedah steambath), letakkan periuk kaya tadi dan masak dengan api sederhana sambil dikacau sekali sekala, boleh refer cara bergambar kat link blog resepidaria tu ye.

Nota ilhamdapur : untuk buat kaya cair yang maz makan dengan cakoi tu, masak bila tengok kaya tu dah nak pekat sikit, padamkan api, kalau nak makan dengan roti terus je masak sampai pekat.

memang puas hati la buat kaya sdrik ni, pasni ruang utk botol kaya dlm bagasi bleh isi menda lain la plok deh..nak buat pun mudah je..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...