Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, May 2, 2016

Mee Goreng Kuah Kacang

 Assalamualaikum w.b.t 
'Rabbana atina fid-dunya hasanatan wa fil 'akhirati hasanatan waqina 'adzaaban-nar' (Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka) Al Baqarah - 201, doa indah yg penuh dgn makna dan disukai oleh Rasulullah saw (Bukhari & Muslim) dan yg selalu kita amal baca selepas solat atau boleh baca bila-bila masa, semoga Allah SWT give us His mercy and forgiveness on the day we will need, Ameen.
bertemu skli lagi, rasa liat la plak nk duk depan lappy ni..gmbar masih berderet2 dlm folder, Alhamdulillah ada rezeki dpt msak selalu..menu diet pun bnyk jgk lgi tu, 1st time buat mee goreng masuk kuah kacang ni! sbnarnya nk mkn mee goreng mamak, masa kat Msia dlu ada la jgk kekadang tu mkn mee goreng mamak dgn kakak2 surau kat bawah pkok org yg jual dgn lori kecik skli dgn rojak tu..biasanya mee goreng mamak masuk tauhu hancur deh! tpi stok tauhu plak xde, kbetulan ada kuah kacang lebih sikit..jdi buh je la dlm mee ni, sedapp rupenya goreng mee letak kuah kacang! xrasa pun kuah kacang, cuma rsa lemak2 sedap plak bila terkunyah kacang tu..Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan maaf atas apa yg tidak sempurna..

MEE GORENG KUAH KACANG by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 300g mee kuning 
  • 3 ekor sotong
  • 1 mangkuk kecil isi ayam
  • 1 biji telur - kocok dengan garfu
  • 1 ulas bawang putih - ketuk
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 1/4 cawan kuah kacang
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • kicap manis/masin/pekat secukupnya
  • sedikit gula/garam - jika perlu
  • sawi, taugeh, daun bawang, cili merah, bawang goreng
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara

1. Panaskan sedikit minyak, masukkan telur dan masak buat telur hancur, angkat dan ketepikan.
2. Dengan kuali yang sama, panaskan sedikit minyak lagi, tumis bawang putih sekejap, masukkan cili kisar (masa ni guna api besar 5-6 saat sambil dikacau), kemudian masukkan isi ayam, kacau balik biar ayam masak, masukkan sotong.
3. Masukkan sos tiram, sos cili, kicap dan air secukupnya (agak-agak la ye), masukkan kuah kacang dan perasa secukup rasa.
4. Masukkan mee, sawi, telur hancur tadi, masak biar sedikir kering, akhir sekali masukkan taugeh, kacau balik sekejap lagi, padamkan api.
5. Boleh la dihidang bersama daun bawang, bawang goreng dan cili potong.

 klu beli sate kat pasar mlm ke, ada kuah lebih tu jgn buang..bleh la try buat goreng mee, sedap tau..

Sunday, May 1, 2016

Pulut Mangga @ Thai Mango Sticky Rice

Assalamualaikum w.b.t.
'Astaghfirullah 3x, Allahumma antas salam wa minkas salam tabrakta ya zal jala'li wal ikram'..sama2 kita amal zikir ni selepas solat fardhu, sunnah Rasulullah saw (sahih Muslim), semoga Allah swt bless us all and guide us to the right path, Ameen.
ni bkn menu diet la kan, memang kena pantang la makanan manis dan berkarbo gini..pulut mangga ni kejadian sblum start diet Atkins lgi, nk jimat buah mangga black gold yg bonda kirim masa suami blik Msia awal bln hritu..mangga thai ni memang sedap! manis dan warna pun cantik, sni pun dh masuk musim mangga..tpi dri india la, yg paling sedap dan mahal mangga alfonso..siap ada mangga mania lagi kat Lulu hypermarket tu setiap kli tiba musim mangga, ada dkat 60 jenis mangga! Inysaa Allah jmpa lagi dan maaf atas khilaf yg ada..

PULUT MANGGA @ THAI MANGO STICKY RICE by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 cawan beras pulut - rendam 30 minit
  • 1/4 cawan santan cair + secubit garam 
  • 1 helai daun pandan
  • 1/2 sudu besar beras pulut - goreng tanpa minyak biar sedikit perang (kalau tak buat pun takpe)
Santan 
  • 2 cawan santan
  • 2 sudu besar tepung beras @ secukupnya nak pekat mcmana
  • 1 helai daun pandan
  • gula secukup rasa
  • secubit garam
  • mangga masak secukupnya
Cara

1. Sediakan pengukus dengan air mendidih, ratakan beras pulut dan letak daun pandan. 
2. Kukus hingga pulut lembut, maknanya dah jadi pulut tapi masih keras, kemudian keluarkan dan gaul dengan santan cair, kukus balik sekejap lagi.
3. Satukan semua bahan santan, masak sambil dikacau selalu, masukkan gula secukup rasa dan secubit garam, masak hingga mendidih dan biar sedikit pekat.
4. Sejukkan sikit, boleh la dihidang bersama pulut, buah mangga dan tabur beras pulut goreng.

bgi selera ni, pulut durian jgk yg no 1..pulut mangga ni kurang skit, mungkin sbb rsa dan isi mangga tu xlembik mcm durian..tpi ada jgk yg lebih gemar pulut mangga, citarasa masing2 la deh..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...