Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Wednesday, October 13, 2010

Ikan Masak Tempoyak

Assalamualaikum..lauk yg dah lama sngat2 ni..msk msa suami kita blik hri tu lgi..bkn kata dah tngal tulang..tlangnya pun dah lama jdi baja..hehe..anak2 kita smua xmkn lauk2 msk stail gni..jdi tu yg jarang sngat2 ada mnu lauk kat dpur kita ni..mksih pda pngunjung ilham dapur dan maap ye mna yg kita lum buat knjungan bls lagi tu..skrang ni msim anak2 exam..jdi nk kna jdi cikgu la plak..xleh nk layan lappy sngat..ni pun smbil2 tgk aiman buat latihan math..


Sumber Resipi : Ilham Dapur.blogspot
Bahan-bahan
  • 3-4 keping isi ikan yang sesuai - maz guna ikan susu (cuci bersih dengan asam jawa/limau nipis)
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1/2 inci lengkuas
  • 3-4 sudu besar tempoyak
  • 5 biji cili padi merah
  • 1/2 biji buah english gourd - nama melayu kita tak lahu la pulak
  • air secukupnya ( dalam 2 cawan )
Cara-cara

1. Kisar bahan yang bertanda * bersama tempoyak.

2. Dalam periuk masukkan air dan bahan yang dikisar. Masukkan buah english gourd dan masak sehingga mendidih dan buah lembut.

3. Kemudian masukkan ikan dan perasakan seenak rasa dengan sedikit garam dan gula. Biar ada rasa masam yang sedikit menyerlah dari tempoyak.

4. Masak seketika lagi sehingga isi ikan lembut. Siap...

3 comments:

  1. maz..
    masak poyok nih, paberet tau...lg2 kalo dpt ikan patin..tang perut diaaa...perghhhh!!

    ReplyDelete
  2. lapo perut sebut tempoyak ni....ishhh

    ReplyDelete
  3. best ni cadang nak buat jgk kemarin tp x jumpa ikan sesuai...nanti la nak p jgk pasar jap kalau ada..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...