Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, October 18, 2010

Strawberi Koktail Puding

Assalamualaikum..dh bebrapa hri cuaca agak pnas sngt kan..klu jmur kain lewat skit..mau brpinau2 mata bila msuk umah..jdi utk sjukkan tekak pnas2 ni..kita buat ler pding simple ni..smbil2 nk hbiskan stok stbri lam pti..ye la kan nti tmbuh pkok plak stberi tu bila tuannya xde nti..hehe..kbtulan wken kan..adik2 kita smua mai umah..jdi ada la yg nk dijamunya..pding ni sma je mcm pding koktail yg biasa tu..cma kita buat ada lapisan atas..lapisan dri buah strberi yg dikisar..sja nk npak brlapis2 dan cun skit..hehe..cma lain kli kna lembikkan skitttt je lgi lapisan bawah tu...lgi sdppp...ok la ye nk kluar amik anak bonsu kita dlu..

nama utk pding ni kita main hentam je la ye..janji ada namo..hehe.

anak2 kita smua xmkn sgala mcm pding yg gna agar2 mcm ni..huhuhu..susah btul..dpt la jgk kita bgi kat jiran skit..tpi utk jiran kita buat dlm cwn trspren yg trus bleh buang tu...

Sumber Resipi : Ilhamdapur.blogspot
Bahan-bahan

Lapisan Bawah
  • 1 tin susu cair (400g)
  • 100ml susu - boleh lebihkan 20ml lagi sukatan susu ni kalau nk lapisan bawah yang lembik lagi sikit.
  • 80g gula - boleh kurangkan jika tak suke manis
  • 1/2 sudu besar serbuk agar-agar, maz guna NONA
  • 4-5 biji buah straberi - dadu kecil-kecil
  • buahan koktail secukupnya - toskan air
  • sedikit garam
Lapisan Atas
  • 6-7 biji buah strawberi
  • 1 cawan air
  • 3-4 sudu besar gula (boleh tambah @ dikurangkan)
  • 1/2 sudu kecil serbuk agar-agar
Cara-cara

1. Masukkan buahan koktail dalam cawan atau bekas yang sesuai beserta strawberi yang didadu tadi. Ketepikan.

2. Panaskan susu dengan api perlahan sambil dikacau sekali sekala. Masukkan gula, garam dan kacau sebati. Kemudian masukkan serbuk agar-agar. Masak sehingga agar-agar larut sepenuhnya.

3. Tuang dalam no. 1 tadi dan sejukkan seketika.

4. Kisar buah strawberi dengan air. Kemudian panaskan dengan api perlahan. Masukkan gula dan kacau sebati. Masukkan serbuk agar-agar dan masak sehingga serbuk agar-agar larut sepenuhnya. Biar suam-suam sikit sebelum dituang atas lapisan pertama tadi.

5. Bila lapisan pertama tadi sudah sedikit mengeras, tuang secara perlahan-lahan lapisan strawberi pula (maz guna sudu). Sejukkan sebelum dihidagkankan.

NOTE : Lapisan atas tu kalau tak mengeras pun dah sedia untuk dinikmati.

2 comments:

  1. kak maz, sedapnye!!!!ni kalau mkn time2 tengah hari camni mau habis 2 3 bekas ni,tambah2 yg baru kuar peti sejuk,lagi nyaman kt tekak...

    ReplyDelete
  2. aduh.. sejuk je rasa tekak ni klu dapat rasa kan :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...