Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, October 28, 2010

Layer Cheesecake

Assalamualaikum..kek yg kita buat msa gader2 nga kakak2 jelitawan wken lepas..tpi kek ni kita buat hri sbtu lgi la..sbb ciskek ni nk kna tdor lam pti dlu 1 mlm..rspi asal Triple Layered Cheesecake by Amy Heng..dri buku respi koleksi keknya yg ada dlm simpnan kita..tpi kita dah olah buat pengubahsuaian skit utk memudahkan lgi dan buat 2 lapis je..klu dh ciskek tu memang lemak brkrimm!! tekstur keknya ckup lembut dan smooth..mcm ais krim gtuw kata Najwa..lain kli memang bleh buat lgi..ok la kat bwah ni rspi yg telah kita olah..klu rspi asal utk base saja gna 6 bhn..tpi kita memudahkannya gna 2 bhn utama sja..rspi2 Amy Heng ni memang trkenal dan insyaallah pasti mnjadi..

kita kurangkan jdi 1/2 rspi saja..ni pun dah xhbis mkn..ciskek ni bkn leh mkn bnyk2 kan...kita pun cma amik rsa 2 mulut je..sbbnya xminat..hehe..

keknya teramat lembut..lemak brkrim..cdpppp..

Layer Cheesecake by ilhamdapur.blogspot
Bahan-bahan

Bahan A (Base)

  • 100g biskut (digestive) dihancurkan - maz guna biskut marrie perisa kopi
  • 50g butter - dicairkan
Bahan B (Filling)
  • 375g cream cheese (pada suhu bilik)
  • 60g gula halus
  • 15g tepung jagung (diayak)
  • 150ml whipping cream
  • 2 biji telur saiz A
  • 1/2 sudu besar sunquick orange
  • 1 sudu kecil mocha paste/emelco @ 1/2 sudu kecil nescafe (bancuh dengan 1 sudu kecil air panas) + sedikit coklat emelco atau boleh letak apa-apa perisa ikut citarasa

Cara-cara

1. Panaskan oven dengan suhu 150 C. Sapu butter sikit pada loyang bulat 'loose-base' 7 inci.

2. Campurkan bahan A dan gaul sebati, kemudian tekan dalam loyang agar sekata dan simpan dalam peti (buka sejuk beku ye) selama 15-20 minit.

3. Pukul cream cheese, gula dan tepung jagung hingga sebati dan berkrim. Masukkan whipping cream. Putar lgi. Akhir sekali masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sekata.

4. Bahagikan kepada 2 bahagian. Satu masukkan sunquick orange dan satu lagi masukkan perisa mocha.

5. Tuang lapisan mocha dulu atas biskut (bahan A) tadi secara perlahan dan bakar kaedah 'steam-bake' selama 30 minit. Kemudian tuang pula bancuhan sunquick tadi dan bakar lagi selama 40-50 minit.

6. Bila dah masak, buka sedikit pintu oven dan biarkan kek sejuk didalam oven selama 2 jam sebelum disimpan dalam peti (bukan sejuk beku) selama 6-8 jam atau semalaman lagi. Boleh la dihias ikut citarasa sebelum dihidangkan.

NOTE :
1. Pastikan loyang kek dibalut dengan aluminium foil sebaiknya agar air tidak masuk dalam kek.
2. Kaedah 'steam bath' adalah dengan cara menggunakan 2 loyang. 1 loyang mesti berisi air panas kemudian baru diletakkan loyang kek.

ni rspi asal by Amy Heng..klu nk buat mcm ni pun leh jgk..cma bnyk keje la skit ye..kita ni jnis nk yg sonang2 aje..hehe..

9 comments:

  1. kak..tergodanya tengokkkk...sedapppp...

    ReplyDelete
  2. Maz....sedapnya...bila agknya dpt rasa masakan maz

    ReplyDelete
  3. sedapnyer nmpk cheese kek ni...nanti leh cuba...halal ye maz

    ReplyDelete
  4. Ni malas datang sini nih..

    Asal datang je ada kek, asal datang je ada mcam-mcam. Kak Maz ni sajo jah nok buwak sayo duk mimpi2 cheese kak maz ni huhuhu

    ReplyDelete
  5. Salam Maz..

    Sihat ke? Korban ke raya Haji ni? Kak sue x balik, maz balik..?

    Ni cheesecake 'Tragedi Bulan Oktober' yer..? hehe! Cantik...!

    ReplyDelete
  6. Salam Dik Maz...tentu dok sibuk buat persiapan nak ke Bahrain semula ya...moga perjalanan Adik dipermudahkan olehnya...dalam sibuk2 tu Adik sentiasa berdaya untuk terus inovatif...menghasilkan juadah yang memukau selera ya!

    ReplyDelete
  7. auntie...kek ni mmg sdap..nk mkn byk time 2 tp dh knyang mkn satey.. =) lgpon cheese2 ni mmg fav sy...hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...