Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, October 7, 2010

Satay Ayam & The Geng

Assalamualaikum..meh layan satay plak..kita buat ptg slasa lalu..kbetulan hri slasa tu adik kita smbut bsday anaknya Rayyan yg ke 2 thun..adik ipar kita mtak kita buatkan cc upin ipin skli..jdi tu yg kita buat satay ni utk mkn2..kita buat 3 ekor ayam..dpt la bgi kat jiran2 skit sorang..pastu antor ke umah Mama skit..satay dan kuah kcang ni kita buat stail Ma kita je..rspi nti kita taip esk2 ye..

brhempas pulas jgk la nk nyalakan api tu..mula2 mati..yg ke2 pun xmau idup jgk..msa tu mnyesal pun ada p gatai nk buat sdri..klu bli yg dh siap kan sonang keje..kihkihh..kli ke3 kita tiup gna kipas angin..haaa amik ko..bru la mnyala nga elok..bila dh jdi bara tu skjap je siap bakar satay 100 cucuk lebih..lama nk nyalakan api lgiii!! pnya la susahhh...

Sumber Resipi : Ilhamdapur.blogspot
Bahan-bahan

Kuah Kacang
  • 300g-400g kacang tanah - digoreng tanpa minyak dengan api perlahan, dibuang kulit dan dikisar sedikit kasar
  • 2-3 labu bawang besar - hiris nipis-nipis
  • 6-7 tangkai cili kering
  • 4-5 batang serai - hiris nipis-nipis *
  • 1/2 sudu kecil jintan putih *
  • 1 inci lengkuas - diketuk
  • gula kabung/gula melaka secukupnya - maz guna 2 keping gula karek kelantan
  • gula dan garam secukupnya
  • air secukupnya - dalam 2 liter
  • 1-2 minyak masak secukupnya
  • sedikit air asam jawa
Cara-cara
1. Dalam periuk panaskan minyak. Goreng bawang besar hingga garing keperangan. Angkat dan ketepikan. Goreng pulak cili kering sekejap dalam 1 minit (jangan bagi hangus ye, nanti kuah kacang jadi pahit)
2. Kemudian kisar bahan-bahan yang digoreng tadi dan bahan yang bertanda *.
3. Dengan mengunakan minyak yang sama. Tumis bahan yang dikisar tadi dan lengkuas sehingga garing dan pecah minyak dengan api perlahan.
4. Masukkan pula air asam jawa. Kacau sebati. Kemudian masukkan pula air (agak-agak la ye).
5. Masukkan kacang tanah dan gula kabung/gula melaka secukupnya. Kacau biar sekata.
6. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih. Tambah gula dan garam secukupnya agar rasa manis yang sedikit menyerlah. Biarkan mendidih dengan api sederhana perlahan sehingga kacang empuk dan kuah menjadi pekat. Siappp..
7. Boleh lah dihidangkan dengan nasi impit atau satay...
Bahan Perap Satay
  • 3-4 batang serai - hiris nipis-nipis
  • 1 inci kunyit hidup
  • gula secukupnya - cukup untuk memberi rasa manis pada ayam/daging yang diperap
  • sedikit garan dan air
Cara-cara
1. Kisar semua bahan-bahan sehingga hancur. Kemudian boleh la digaul hingga sebati pada ayam/daging dan perap sebelum dicucuk pada lidi. - maz perap semalaman dalam petias.

1 comment:

  1. salam kak maz...rajinnya buat satay...tergoda mas tengokk...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...