Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Saturday, March 17, 2012

Cucur Badak

Assalamualaikum..smjak dua menjak ni kerap jgk la buat kuih2 ni..sbbnya stiap mngu memang akan ada je benda yg dimsk..jdi dpt la jgk asah bakat sdri ni..cucur badak ni pun biasa la kena peram dlu brminggu2..tpi kan kdang2 tu wpun ada msa yg trluang pun tpi mood plak yg xbrapa rjin nk update..ada wktunya plak klu time rjin bebnar tu wpun sesmbil duk msk pun..bleh lagi mncelah buat n3...

serunding kelapa ni boleh frozen klu xhbis guna..

Cucur Badak by ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

Inti Serunding Kelapa
  • 2 cawan kelapa parut
  • 3-4 ulas bawang merah*
  • 2-3 batang serai - hiris nipis*
  • 5-7 biji cili kering - buang biji dan rendam seketika dalam air panas  - toskan*
  • sedikit serbuk kunyit
  • 1 cawan udang geragau - kisar sedikit kasar
  • gula, garam secukupnya dan sedikit serbuk perasa (jika suka)

Adunan Kuih
  • 750g ubi keledek isi oren/kuning - jgn guna keledek yg jenis berkulit licin (yg warna ungu tu..sbb keledek tu jenis lembik, nati akan guna banyak tepung dan kuih jadi keras)
  • 1 1/4 cawan tepung gandum - maz guna tepung serbaguna (all purpose flour)
  • 1/4 cawan tepung beras
  • sedikit garam - gaul dengan 2 jenis tepung diatas.

Cara
1. Inti Serunding Kelapa - Kisar semua bahan yang bertanda * bersama 1 cawan air sehingga lumat.

2. Dalam kuali masukkan semua bahan, garam, gula dan sedikit serbuk perasa. Kacau sebati. Masak sehingga kering dan perasakan secukup rasa. Sejukkan seketika.

3. Untuk Kuih - Kikis kulit keledek, cuci bersih dan rebus sehingga empuk/lembut bersama sedikit garam. Toskan dan tumbuk lumat. Ketepikan biar sejuk seketika.

4. Kemudian gaul sebati tepung dengan keledek agar menjadi doh yang lembut.

5. Ambil doh sebesar bola ping pong, leperkan dan masukkan inti. Kemudian tutup kemas dan tekan sikit ditelapak tangan untuk bentukkan kuih menjadi sedikit leper. Kalau terlalu lembit, sapukan sikit tangan dengan tepung.

6. Susun kuih dalam bekas yang di alas dengan plastik agar kuih tidak melekat dan buat sampai habis.

5. Panaskan minyak dengan api sederhana dan goreng sambil dibalik-balik sekali sekala sehingga sedikit perang dikedua belah.

6. Kuih ni juga boleh disejukbeku (frozen). Pastikan kuih yang hendak disejukbeku dialas dengan plastik agar tidak melekat satu sama lain. Kalau nak goreng kuih yang telah disejukbeku, celupkan dulu kuih dalam air biasa kemudian baru masukkan dalam minyak yang telah dipanaskan sederhana, jangan bimbang ianya tak akan merecip minyak keluar (sentiasa guna api sederhana dan goreng sambil dibalik-balikkan selalu).

kuih ni pun bleh difrozen..rsanya tetap lembut dan sedap sama mcm goreng kuih yg bru buat..layan gambar je la ye..kuihnya dh lama selamat..

12 comments:

  1. Mazzz ni fave kita ni ,tapikat rumah tu ada orang yang anti dengan kelapa so kita pun ada sikit M nak buatnya

    ReplyDelete
  2. cantiknya gambar..
    sedapnya cucuq badak...huhuhu

    ReplyDelete
  3. kak masz..saya dah lama betul tak buat kuih ni..ada beli keledek tapi buat kuih keria je..yg lebihnya saya goreng je sebab malas..hehehe..tengok kuih akak ni teringin lak..haishhh

    ReplyDelete
  4. Assalam kak Maz cayang, lama tak mai dapaur akak ni..akak sihat ke? ada kat Msia ke sekrng ni kak? lapar lak tgk cok badak ni.nk buat malas mkn jer rajinnya..hehe

    ReplyDelete
  5. Salam kak maz! uuuuwaaaaa...sedapppnyerrrr! kita tak kisah kalau nak buat cucur badak nii yg malas nak buat serundingnyer :D pinjam serunding akak ya :D

    ReplyDelete
  6. ritu tengok kat rumah quinine ada keria,dia ajar guna keledek putih tuk buat keria,akak beli keledek putih,buat keria ngan cur badak sekali,mmg tul kalau putih diakena guna banyak tepung,tapi tuk keria mmg jadi..hihihi nak makan punya pasal apa pun sukakan..bile bile leh cuba resipi maz pulak yoo

    ReplyDelete
  7. cok badak akk sukerrrrrrrrrrrrrrr...
    dok miss sgt maz nyer tako, tiap mggu akk g jusco, pulun jusconyer tako...jadiiiii lerrrr....hahhahah

    ReplyDelete
  8. cucuk badak..
    pernah nampak & dengar tapi akak tak pernah dapat rasa..huhu..bak sini seketul..pasti sedap ni..ada serunding dalamnya tu..

    ReplyDelete
  9. Sedapnya cucur badak, lama tak makan

    ReplyDelete
  10. maz~my friends..
    memang sdpp cucur badak ni..cuma nk bleh mual projek tu je yg berat..tpi time mkn laju je..sdar2 dh 4 biji lam perutt..heheee..mksih ye smua sdi singah dpur kita ni...

    ReplyDelete
  11. Sedapnya....
    Teringat coq badak yang saya selalu beli masa dok jb dulu. Memang hari2 beli..
    Tetiba lama tak ada makcik tu rupanya dah meninggal...
    Sampai skg terasa lagi sedapnya coq badak dia...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...