Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, March 8, 2012

Lamanya Tak Buat..

Assalamualaikum..pic2 lama msih brderet lgi tngu Q..tpi tkpe la hari ni nk tepek mnu yg msih panas la dlu..kang nti tako ni plak jdi basi..lama snguh dh rsanya xbuat tako ni..sbbnya anak2 dh tak minat..kita sdri pun mkn 2 bjik je..msa memula dlu ye la..5 bjik bleh hbis skli mkn..ni pun buat utk seseorang..sptutnya 2 mngu lepas lgi janji nk buat tako ni utknya..tpi tu la klu mood xde..asik brtngguh2 je..ptg tdi la bru p antar tako ni..sori ye dear..aunty maz xtahu pun yg Fatin blik..tkpe nti aunty buat lgi ye..yg buat dedulu bleh tgk kat sini..atau klu nk tgk yg lelama selak je kat label varieties..rspi asalnya dri Kak Rinn FP..tpi maz dh ubah skit bhn2nya dan buat cara sdri..

tako sblum dimake up dan yg ready to eat..yg sbjik ni kita yg ngapppp laa..

Takoyaki by ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

Tokayaki Batter
  • 1 biji telur sejuk dari petiais
  • 340ml air sejuk dari petiais
  • beberapa titik sos ikan
  • 100g tepung gandum 
Inti
  • 4-5 ekor sotong saiz kecik - potong dan toskan, kemudian gaulkan sotong dengan 1 sudu besar sos tiram, 1 sudu besar okonomiyaki sos dan beberapa titik pewarna merah. Masak sehingga sotong lembut, jangan letak air ye (masak dalam 3-4 minit), kemudian titiskan sedikit minyak bijan dan gaul sebati. Padamkan api dan ketepikan.
  • 1 mangkuk kobis yang dicincang halus
  • 2-3 sudu besar okonomiyaki sos - bancuh dengan 3-4 sudu besar air (untuk sapu pada bebola tako yang telah masak nanti)
  • 1/2 mangkuk kecil minyak masak - untuk sapu pada acuan dan selalu curah sikit-sikit pada bebola tako semasa memasaknya
  • Dried bonito flakes secukupnya
  • Mayonis secukupnya
  • sedikit aonori  - utk tabur
Cara-cara

1. Di dalam mangkuk, pukul telur hingga berbuih dengan wisk atau garfu

2. Masukkan air sejuk dari peti dan kacau sebati.

3. Kemudian masukkan tepung  dan sedikit sos ikan/nampla (secukup rasa). Kacau sebati.

4. Panaskan tako maker. Sapu minyak pada lubang tako - maz guna sunflower oil

5. Tuang adunan dan masukkan 1 potong sotong dan sedikit kobis cincang.

6. Tuangkan sedikit lagi adunan untuk menutup semuanya.

8. Kikis lebihan adunan dan masukkan ke dalam adunan dalam lubang-lubang tako maker.

9. Terbalikkan tako menggunakan lidi sate atau tooth pick dan curah minyak masak sikit.

10. Terbalikkan beberapa kali sehingga bahagian luar takoyaki garing sambil letak minyak sayur sikit sekiranya minyak dah kering.

11. Bila dah masak, angkat susun dalam pinggan. Sapu semua bebola tako dengan okonomiyaki sos yang telah dibancuh dengan sedikit air pada keseluruhannya. Kemudian taburkan dried bonito flakes dan picitkan mayonis secukupnya. Akhir sekali tabur sedikit aonori. Siap..

bila dh lama xmain bulat2 ni..terasa kekok jgk la nk terbalikkan tako ni..

7 comments:

  1. Salam Maz...bab2 ni akak lembap sedikit...ada lagi ke..anta cikit

    ReplyDelete
  2. Salam kak maz cayang!!! winduuuuu kat akak! akak berblog kita pun terus ilang :D ni baru nk warm up sikit kak :D akak sihat? no tepon akak berapa? akak ada kat mesia dah ke? byk nak tanyer hihihi...

    ReplyDelete
  3. tak pernah pun makan menda ni kak. "menda" ? hehehe... teringin nak merasa. kalau gi jusco tu selalu je barisan berderet nak membeli menda ni. tu yang maals nak berbaris tu..

    ReplyDelete
  4. hehehe..Maz..ingat yg sebijik tu for me to ngaappp sekali tuan tanah palk yg ngaapp..lom pernah wat lagi menda ni..nantila one fine day..actually nak kena ada acuan dia dulu kan..

    ReplyDelete
  5. salam rindu maz cayaang..bila la akak nk cuba wat takyaki ni..selalu beli jek kt jusco..nnti maz jela pos kt klinik akak ek..hehe! rindu aarr..muaaaahhh!!

    ReplyDelete
  6. maz~dear friends..
    mksih bnyk2 sdi luangkan msa jenguk takoyaki ni...memang sdpp cuma bila dh buat sdri tu jdi xbrapa nl lalu la klu mkn slalu..a ahh yatt..kena ada acuannya la..tpi ada jgk yg buat dlm acuan kuih cara...

    ReplyDelete
  7. Sedapnya takoyaki.... suka sangat.. Kalau nak beli memang bercinta deretan manusianya...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...