Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, June 18, 2012

Kuih Cara Berlauk

Assalamualaikum..kuih yg dah lama terperam..berat bnar rsanya nk buat n3..tpi dipaksa la jgk diri ni..kuih ni buat utk bawa ke rumah seorang kakak msa mesyuarat bulanan kami bln lepass..

Kuih Cara Berlauk by ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1 biji telur
  • garam secukup rasa
  • sedikit pewarna kuning
Inti
  • 1 cawan daging kisar segar
  • 1 labu kecil bawang besar - didadu
  • 1 ulas bawang putih - dicincang
  • 1 sudu besar serbuk kari + sedikit air
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • garam dan gula secukup rasa
  • daun sup dan cili merah secukupnya - dihiris
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara

1. Untuk Inti  - Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga layu, kemudian masukkan serbuk jintan manis dan jintan putih dan kacau sebati. Masukkan serbuk kari dan masak sekejap.
2. Masukkan daging dan bawang besar. Kacau hingga semua bahan sebati. Kemudian masukkan sedikit air. Perasakan secukup rasa dan masak sehingga sedikit kering. Siap dan sejukkan.
3. Untuk Kuih Cara - Masukkan semua bahan dalam pengisar dan kisar hingga sebati.
4. Panaskan acuan kuih cara dan sapukan sedikit minyak (guna api perlahan), kemudian masukkan bancuhan kuih cara, masukkan inti, tabur daun sup dan cili merah. Tutup dengan tudung periuk dan masak selama 2 minit atau sehingga masak (bahagian bawah garing). Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

buat msa ni anak2 msih xminat dgn kuih mcm ni..akan dtg xthu la kan..

6 comments:

  1. salam... alahi pagi2 buka entry ni teliuq na...

    perut memang lapaq tengok makinler lapaq jadinya....

    ambik bau jer lah he..he..

    ReplyDelete
  2. Salam Maz lama akak tak bertandang ni memang suka kuih ini reserve untuk bulan puasa nanti.sedap....

    ReplyDelete
  3. sedapnya kak...suka kuih cara..tapi nak buat skit nye malas..hehehhe

    ReplyDelete
  4. Assalam kak Maz cayang..salam windu..huhu..lama tak singgah dapur akak ni.mcm mana boleh tak perasan n3 akak ni.sedap kuih cara berlauk ni kak...saya suka:)

    ReplyDelete
  5. Assalam Maaaaaaaaazzz cayanggggg...nak naaakk kuih cara tuh...akak mmg sukaaaa makan, x rajin nak buat...hehehee...lawooo jer cara ko ehhh... Maz update laju2 sikit taaauu... muaahhh!

    ReplyDelete
  6. maz~dear friends..

    mksih ye sdi mai jauh2 nk intai kuih cara brlauk ni..kuih yg cpat dan ringkas je..tpi memang sdppp..stiap komen dan knjungan kwn-kwn semua amat maz hargai...muahhh..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...