Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Sunday, March 3, 2013

Chicken Burritos

Assalamualaikum..ni pun kira snak yg cepat dimsak..sedap dimkn..dah slalu sangt duk buat burrito ni sbb pebret anak2..lgipun mudah sngat nk sdiakan..buat utk mkn ptg atau bkal pergi skolah..klu utk bkal tu maz dah siap gulung dan simpan dlm peti..pgi esknya cuma grill je..burrito ni bleh je isi apa2 ikut slera..isi ayam..daging dan sbgainya..yg ni maz cuma guna kepingan burger ayam..goreng skejap atas kuali leper dan bleh la digulung bersama dgn bahan smpingan yg lain..akhir kata terima kasih buat pengunjung yg masih sudi singgah ke ilham dapur yang xseberapa ni..mohon maaf atas segala kekurangan yang ada..
Chicken Burritos by ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 4 keping roti tortilla
  • 3 keping burger ayam
  • 1 biji tomato - dadu
  • 1/2 labu bawang besar - dadu
  • 4 keping cheese
  • sedikit jagung manis - maz guna jagung tin
  • sedikit daun salad
  • sos cili dan mayonis secukupnya
Cara
1. Panaskan sedikit mentega dan  goreng daging burger hingga masak dikedua bahagian. Ketepikan
2. Dengan kuali yang sama terus masukkan bawang, masak sekejap agar bawang lembut, kemudian masukkan jagung dan buah tomato. Padamkan api dan kacau agar sebati dengan mentega lebihan goreng daging burger tadi.
3. Potong memanjang daging burger. Ambil sekeping roti tortilla dan letak sedikit daun salad, kemudian susun daging burger dan campuran bawang. Tuang sos cili, mayonis dan letak kepingan cheese. Lipat kiri dan kanan kemudian gulung. Buat sampai habis.
4. Panaskan pembakar roti dan grill sekejap agar cheese cair dan tortila sedikit garing - maz guna pembakar roti yg jenis grill tu...atau boleh masuk dalam oven sekejap atau lagi senang panaskan kuali non stick dan bakar atas dapur sekejap..

mcm2 bleh isi dlm perut burritos ni..pastu isi plak lam perut kita kan..alhamdulillah kenyang..memang sdpp..slalunya maz guna isi ayam segar..tpi hri buat yg ni ayamnya keras mcm batu lam pti..jdi sambar je la dging burger..semoga jumpa lagi..insyaallah..

8 comments:

  1. selmt malam
    kenyang tgk menu Maz mlm ni, sedapppp

    ReplyDelete
  2. Salam kak maz.. sedapnyerr!!! tun suka makan mende2 camni.. tp leceh sket sbb terpaksa wat sendiri tortilla tu, xtau la nape xde jual kt sini.

    ReplyDelete
  3. Assalam n salam rindu kak maz..Nyum2 sedapnyer nengok tortila gulung gitu..sy pon suka gak mkn gini,kira menu sihat jugalah kan,sbb da sayur n ayam bagai nih..

    ReplyDelete
  4. Assalam Maz cayang...weeehhh burritos ni mesti fav anak2 lelaki akak taaauu...diaorg tekak western sikit...nnt akak nak wat laaa...kadang2 benda simple camni pun bolehkan x teringat kan...mati idea kadang2 nak bekal kat Aiman..haha...

    ReplyDelete
  5. maz to...

    sara
    tun
    siti
    faa
    sri kandi
    kak ummi

    mksih bnyk2 sudi singgah dpur yg suam2 kuku ni..lebiuuu..

    ReplyDelete
  6. DEPOSIT PULSA TANPA POTONGAN
    BONUS SPECIAL SABUNG AYAM WIN 8X .

    s128agen.club

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...