Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Wednesday, March 13, 2013

Marble Cheese Brownis

Assalamualaikum..lama dh jgk rsanya xkluar kek kat sni..bkn xmembaking..cuma xbrapa rajin nk snap dan buat n3..klu nk kira rsanya stiap kli ada kek yg melatopp kat dapur maya ni pasti amik bhgian jgk..biasanya kek2 ni buat time ada jamuan kat surau..brownis ni pun antaranya la..yg ni ada la critanya sbb time dia lahir ni tengah ada mood sikit nk berblog wpun xbnyk mcm kwn2 yg lain..tu pun dah dkat 2 mnggu kejadiannya..sampai dah baking kek lain plak mngu lepas utk jamuan..hri ni baru ada masa nk update kat sini....rspi ni maz gabungkan rspi brownis yg selalu duk buat..rspi Kak Liza (Chef Hanieliza) dan lapisan cheese tu rspi  Manggo Cheesecake Bar maz..bkn xnk cuba rspi lain..cuma nk keje senang..slalu nk cepattt je..jdi mna yg dah prnah buat tu..tu la yg diulang..

rspi brownis ni memang kerap sngat dah duk ulang..boleh tgk kat sini jgk..dapur ni memang pnuh dgn rspi sama je..sbb tukang masaknya bkn jenis rajin sngatt nk berexperimen gituw..
 
Marble Cheese Brownis by ilhamdapur.blogspot.com

Bahan A  (maz buat 1/2 resipi je utk brownis)

  • 1 cawan butter cair
  • 1 cawan susu cair
  • 2 cawan gula perang - maz guna gula castor
  • 1 cawan air panas

Bahan B (kacau rata)

  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 biji telur gred B - maz guna 1 biji gred A utk 1/2 resipi

Bahan C (ayakkan)

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
 
Cara

1. Panaskan oven pada suhu 170 C selama 10 minit - maz bakar suhu 160 C.

2. Kacau bahan A supaya sebati.

3. Masukkan bahan B dan kacau rata.

4. Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.

5. Lapikkan kertas dalam loyang 10x 10 inci (biar kertas lebih dari loyang agar senang nak kluarkan kek nati)

6. Tuang dalam loyang dan ratakan (simpan dalam 2 sudu besar adunan coklat ni untuk buat marble)
 
7. Bakar selama 20 minit.


Bahan-bahan lapisan cheese
Resipi : ilhamdapur.blogspot.com

  • 200g cream cheese
  • 50g thick cream (boleh ganti dengan cream cheese, jadikan 250g - ni sbb tak cukup stok cream cheese)
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1 biji telur gred A
  • 1/2 sudu kecil essen vanilla

Cara-cara:

1. Sediakan lapisan cheese sementara  menunggu kek masak.

2. Pukul cream cheese seketika, kemudian masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati dan berkrim.




3. Masukkan telur dan vanilla, pukul hingga sebati.

4.Selepas 20 minit keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan.
 
5. Masukkan adunan kek yang disimpan tadi dalam paiping bag dan paipkan ke atas lapisan cheese dengan buat garisan memanjang, kemudian dengan guna sebatang lidi satay, tarik turun satu hala, lepas tu lorekkan kedua tarik menaik pula, maksudnya cara nak tarik lidi tu menaik dan menurun, bukan satu hala je.
 
6. Masukkan dalam oven semula dan bakar lagi selama 20 minit dengan suhu 160 C. Sejukkan sepenuhnya dalam peti sebelum dipotong.


kebetulan ada stok cik bery sikit lam peti..jdi posing la bersama..yg panjang tu buah mulbery yg maz tanam kat belakang rumah..banyk jgk la buahnya..nati nk buat n3 pokok ni sebagai kenangan..sekali lagi terima kasih daun keladi buat pengunjung yg sudi bertandang ke dapur kecik ni..sesungguhnya yang sempurna itu datang dariNya..siapa lah kita tanpa anugerah dariNya..akhir kata salam sayang buat semua..mohon maaf atas segala kekurangan yg ada..yg buruk itu memang kelemahan maz sendiri..semoga jumpa lagi..insyaallah..

6 comments:

  1. salamkenal akak :) bestnya, favourite sy ni..nyummmm

    ReplyDelete
  2. Nyum! brownies tu nmpk sgt moist! tambah pulak dgn cream cheese atas tu, sure x berenti makan nih.

    ReplyDelete
  3. Yummy sedapnya tgk ada cheese
    Kadang2 sy pun malas nk snap sbnya kena tgk pada masanya kan

    ReplyDelete
  4. salam kak Maz,
    apa kabar?
    nampak sedap tu marble cheese brownisnya :)

    ReplyDelete
  5. to...

    Najihah..
    Tun..
    Mama Sara..
    Deetha...

    Mkasih ye sdi sngah jenguk brwnis hi...yummmyy...memang sdp....

    ReplyDelete
  6. Salam ziarah ke sini..menarik brownies ni..nnti nk try..:-)

    ReplyDelete