Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Wednesday, April 16, 2014

Mongolian Beef

Assalamualaikum w.b.t...btremu skli lgi dlm mood yg dipaksa2...kemalasan makin menebal dah ni...tpi bila pkir bnyk lgi gambar2 lama dlm folder yg duk peram tu...diusaha la jgk utk update...ni pun menu yg lama sngat dh ni...klu xsilap adalah dlm 2 bln mask dging ni...dah 2x buat dging mongolian ni...biasalah kat rmah ni klu lauk2 yg itam jenis msuk kicapp gini...pastii dpt sambutan...tpi memang sdppp...xpyah lauk lain dh...sosnya melekit2 gituw...akhir kata mohon maaf atas segala kekurangan dan semoga jumpa lgi...Insyaa Allah...

Mongolian Beef by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan (resipi anggaran)

  • 300g daging lembut/batang pinang - hiris nipis panjang
  • 1 ulas bawang putih - cincang
  • 1-2 sudu kicap manis
  • 1 sudu sos tiram
  • 1/2 sudu besar gula perang
  • minyak masak secukupnya
  • tepung jagung secukupnya - untuk salut daging
  • cili burung/cili besar - hiasan
  • sedikit air

Cara

1. Pastikan daging berul-betul kering agar proses masak nati daging masak elok dan tidak mengeluarkan air - (maz tak cuci pun daging tu, terus goreng sebab daging bersih)
 
2. Dalam pingan yang besar, ratakan 3-4 sudu besar tepung jagung yang digaul dengan secubit garam. Kemudian salutkan kedua bahagian daging dengan tepung jagung sepenuhnya.
 
3. Panaskan 3-4 sudu besar minyak masak dalam kuali leper biasa (bukan non stick), kemudian susun daging dan masak 2-3 minit dikedua bahagian. Angkat dan ketepikan. Buat sampai habis dan tambah minyak sikit lagi untuk masak yang seterusnya jika perlu.
 
3. Dengan kuali sama, masukkan 2 sudu besar minyak, kemudian masukkan bawang putih dan masak sekejap. Masukkan kicap manis dan gula perang, biar berbuih seketika, kemudian masukkan sos tiram dan sedikit air (jgn banyak ye).
 
4. Akhir sekali masukkan daging, cili hiasan dan perasakan secukup rasa. Kacau balik agar sebati, jika perlu boleh tambah air 3-4 sudu lagi dan masak sekejap biar sos jadi pekat. Siap

dging tu kna gna dging lembut atau batang pinang dan hiris nipis2 sbb proses masaknya skejap je...maz memang sukee sngat2 lah klu menu yg jenis cepat dimasak sedapp dimkn gini...tu yg buat smpai 2x dah...

rspi ni maz tgk kat web allrecipe...tapi ubah suai skit ikut selera...jdi yg letak kat blog ni rspi yg dh diolah...

6 comments:

  1. salam singgah..

    memang menyelerakan walaupun simple..

    ReplyDelete
  2. Salam, Maz... betullah, kalau masak macam ni memang laku, lauk lain mmg tak perlu ada dia sajalh hero. Sama ngan Sk kalau masak daging, masa daging tu sebuku, Sk basuh dulu bersih2 lepas tu Sk hiris, lepas hiris mmg tak dibasuh lagi, dah bersih tukan.. manis jer rasa bila masak sbb daging tak berair..

    ReplyDelete
  3. salam...respi ringkas tp sedap..nyum nyum

    ReplyDelete
  4. salam kak maz.... xpe, gambar peram lama pon xbasi... hihi..

    ReplyDelete
  5. jazakillahukhaiaran pada semua sdi singgah jenguk dging simple ni...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...