Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Wednesday, March 13, 2019

Daging Masak Sambal...Dengan IzinNya Bertemu Kembali Di Dapur Usang Ini

Assalamualaikum w.b.t.
'La illaha il'lallah wahdahu la sharika lah, lahul mulku wa lahul hamd, wa huwa 'ala kul'li shayin qadeer (tiada Tuhan selain Allah, tiada sekutu bagi Allah, yang memiliki langit dan bumi dan yang berkuasa atas segalanya), zikir selepas solat fardu. Semoga Allah swt have mercy on us all, forgive our mountainous sins and strengthen our iman, Ameen. 
Bertemu kembli di dpur maya ni dgn izinNya stelah berthun2 lamanya menyepikan dri, cinta dan sayang pda dapur ni tetap ada cuma mood utk mengupdate tu hilang entah kemana, ni pon kuatkan jgk semangat demi blog yg usang ni kerana dpur maya ni ibarat buku resepi utk rujukkan sendiri di msa akn dtg dan jgk sbgai kenangan. Pic pon snap ala kadar dgn phone je, dh berthun jgk la DLSR tu duk dlm lemari..update guna hp ni susahnya lahai nk  setting pon susah, terkial2 jgk la ni..malas nk buka laptop yg dh berhabuk tu.
Ok lah berblik pda lauk dging tu, sbnarnya rspi sma je mcm ayam masak merah yg duk buat selalu tu, ada kat sini cuma tukar buat versi dging, rebus dulu dging tu pastu bru msukkan dlm sambal..nk letak nma dging msak merah sbb dh ada dging msak merah versi thai, so tu yg tukar nma jdi dging masak sambal..Alhhamdulillah sedapp sngat, buat utk mkn dgn nsi tomato. Insha Allah semoga ketemu lgi dan salam buat yg singgah dapur kecik ni semoga ada yg dpt dimanafaat bersama.

Daging Masak Sambal by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 700g daging  - potong kiub dan rebus hingga lembut
  • 1 labu bawang besar bombay *  
  • 3 ulas bawang putih *  
  • 2-3 batang serai - hiris * 
  • 1 inci halia *
  • 1/2 cawan cili kisar - rebus cili kering & kisar 
  • 2-3 sudu besar sos cili 
  • 2 sudu besar sos tiram 
  • 1 labu bawang besar - hiris 
  • garam, gula secukup rasa & aji jika suka 
  • cili hijau - potong nipis
Cara  

1. Kisar semua bahan bertanda * dengan 1-2 sudu air hingga lumat. 
2. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar hingga wangi dan masak.
3. Masukkan cili kisar dan masak dengan api sederhana hingga pecah minyak. Kemudian tambah air sikit dan tumis lagi hingga cili masak. 
4. Masukkan sos cili, sos tiram, bawang besar dan dan tambah air rebusan daging sikit jika perlu. 
5. Perasakan secukup rasa dan masukkan daging rebus tadi, kacau biar sebati dan masak dengan api kecil biar daging sebati dengan sos dan kuah jadi pekat. 
6. Akhir sekali masukkan cili hijau dan tabur daun bawang/ketumbar, bawang goreng bila nak hidang, maz buat makan dengan nasi tomato. 

pasangan utk daging sambal tu..buat acar dan kari telur, kat rumah ni dri dulu memang suka nsi jenis berperisa gini..respi acar dan nasi tomato tu akn update nti, Insha Allah..

1 comment:

  1. numpang share ya min ^^
    bosan tidak tahu harus mengerjakan apa ^^
    daripada begong saja, ayo segera bergabung dengan kami di
    F*A*N*S*P*O*K*E*R cara bermainnya gampang kok hanya dengan minimal deposit 10.000
    ayo tunggu apa lagi buruan daftar di agen kami ^^
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...