Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Friday, April 17, 2020

Pineapple Tart @ Tart Nenas With Homemade Jam

Assalamualaikum w.b.t
'Bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi syaiun fil ardi wala fis sama' wa huwa sami'un alim' 
(Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit selagi bersama dengan nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui) - HR At Tirmidhi
Sama2 kita amal baca doa ni 3x pagi dan 3x petang, sunnah Rasulullah saw. Semoga Allah swt protect us, our families and always keep us safe, Ameen.
lama nya amik masa nk mengadap dapur usang ni, hri ni Allah gerakkan hati utk update tart ni stelah skian lama menyepi. Sayang dgn blog ni, semua ni adalah kenangan dan utk rujukan akn dtg. Cuma kerajinan nk menaip tu xberapa ada,  liat sungguh ditambah nk kena on laptop plak. Klu update dgn phone payah skit nk buat kerja, bnyk sngat gmbar2 dlm folder yg duk simpan dgn niat nk n3 kat blog. Semoga dpt luangkan masa nti update slow2, ok la mood pon xberapa rjin lgi..meh la cuci mata dgn tart nenas versi kepal2 gedebok ni. Bila teringin sngat nk mkn tart tpi acuannya xde, tkpe la asal tetap rsa dan jdi tart nenas deh. Tart ni agak specil skit sbb ada campuran butter dan minyak sapi, mungkin tekak ni dh biasa duk mkn baklava arab yg rasa tenusu gitu. Jdi dtg ilham utk cuba apply kat tart nenas ni, Alhamdulillah tidak mengecewakan, bila mkn dpt rasa tart yg lembut dan wangi bau tenusu..

suka tart jenis lembut atau cair dlm mulut gitu, peel suka snap gmbar tpi nk update tu yg xrajin. Utk jem tu buat sendiri, beli nenas sbjik je skli buat..kat sni xde jual jem utk tart ni. 

Pineapple Tart @ Tart Nenas by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 210g butter, suhu bilik - maz guna golden church
  • 40g minyak sapi 
  • 1 kuning telur
  • 50g gula halus
  • 1/2 sudu kecil essen vanilla
  • 1 sudu kecil garam - suaikan jika guna salted butter
  • 30g susu tepung
  • 200g tepung halus/superfine (bawa dari Msia) @ boleh guna tepung biskut red rose
  • 40g tepung gandum
  • 50g tepung kastard
  • jem nenas secukupnya (maz guna yg homemade) - gentel bulat dulu
  • 1 kunig telur  -untuk sapu pada tart
Cara

1. Sebatikan telur, butter, minyak sapi, gula, essen vanilla dan garam jika guna - guna senduk kayu saja @ hand mixer.
2. Masukkan susu tepung, sebatikan dulu dan diikuti semua tepung lain.

3. Kacau sebati, gaul sekadar bersatu saja. Jangan uli ya nanti doh keluar minyak akan menyebabkan biskut jadi keras.
4. Ambil doh sejemput, leperkan atas tapak tangan dan letak jem. Tutup biar kemas atau boleh guna acuan tart seperti biasa.

5. Buat sampai habis, sapu kuning telur atas tart yang dah siap sebelum bakar.
6. Panaskan oven dulu 8-10 minit suhu 170C, bakar selama 20 minit atau bergantung pada oven masing-masing. Sejukkan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.


P/s ilhamdapurPastikan adunan tidak terdedah kepada angin/bawah kipas atau acond nanti doh akan jadi kering, begitu juga dengan tart yang telah siap dibentuk. Sekiranya rasa perlu boleh tambah sedikit tepung jika rasa adunan terlalu lembik atau butter jika adunan keras. Tapi adunan ni dh elok dan boleh dibentuk.

beli nenas sbjik semata2 nk kacau buat jem utk tart nenas ni, sagat kasar sikit nenas tu utk dpt jem yg bersabut gitu. Nak buat pon skejap je, Insha Allah nti update jem nenas ni plak, tepung tu sentiasa ada stok bawa dri Msia..kat sni ada tepung gandum je.

mkn 3 bijik pon dh bleh kenyang ni, suami pon heran kenapa tart nenas mcm ni. Biasa mkn bentuk lain kan, tak bleh buat selalu ni bahaya. Nti skjap je hbis sebotol, suami pon sama memang suka tart nenas.

pas sbjik2 rasa nk msuk mulut, lemak wangi butter dan aroma minyak sapi sebati dgn rasa jem yg ada masam2 manja gitu..

Thursday, October 31, 2019

Nasi Kambing Panggang

Assalamualaikum w.b.t
Subhanallah Wa Bihamdihi Subhanallahil Adzim (Maha Suci Allah dengan segala puji bagiNya, Maha Suci Allah yang Maha Agung). 'Wahai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, dengan berzikir yang sebanyak-banyaknya - Al Ahzab :41. Self remainder, may Allah swt accept our good deeds and shower us His mercy, Ameen.
kebelakangan ni agak kebizian skit, nk buka laptop ni pon mcm berat je!huhuu, sblum ni pon dh ada buat set kambing panggang ni, bleh tgk kat SINI, idea pon xde sngat nk tulis apa pgi ni..Insha Allah smpai jumpa lgi dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada..

 menu ringkas yg yg sihat deh, skli skala berpanggang2 gini..

NASI KAMBING PANGGANG by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1kg kambing segar - maz guna bahagian ribs
  • 1/2 labu kecil bawang besar bombay *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1/2 inci halia *
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 2-3 sudu besar sos lada hitam - maz guna jenama puteri dari Msia
  • 2-3 sudu besar sos smoke BBQ - maz guna jenama Life dari Msia
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  •  kicap manis secukupnya
Cara

1. Toskan kambing biar kering sepenuhnya, tumbuk lumat bahan bertanda *
2. Gaul kambing dengan semua bahan, perap 3-4 jam.
3. Panaskan 1 sudu besar minyak sayur/minyak zaitun dalam kuali non stick, susun daging dan masak selama 2-3 minit setiap bahagian atau biar sedikit perang, masak sampai habis.
4. Susun dalam loyang dan bakar selama 20 minit dengan suhu 180 C, panaskan dulu oven 10 minit sebelum guna.
5. Boleh la dihidang ketika masih panas bersama nasi putih, sambal belacan dan sup, maz buat sup kosong je, rebus sayap ayam sikit.

Nota ilhamdapur : setiap kali nak masak daging baru sentiasa tambah minyak sikit lagi agar kuali tidak hangus, bila dah siap masak, tutup daging dengan aluminium foil sementara tunggu masak daging yang seterusnya agar daging yang sudah masak tidak kering.

kat sni banyk restoran yg ada menu grill2 ni..selalu jgk duk mkn cuma versi arab la, nk order mkn dgn nsi putih pon bleh cuma xde sambal belacan la..

msa beli kambing ni memang amik smua bahagian tulang rusuk sbb nk panggang..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...