Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Wednesday, April 6, 2016

Set Nasi Kambing Panggang Lagi

Assalamualaikum w.b.t
'Rabbana aatina min ladunka rahmatan wa hayyi' lana min amrina rashada' (Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami (Al-Kahfi - ayat 10), Ameen.
sekli lgi nasi kambing panggang, sbnarnya dh berkali2 jgk dh buat set nasi ni..sedap sangat! dgn daging kambing yg juice dan ckup rasa bahan marinated..wpun penyediannya ringkas je, tpi pasti duk teringat nasi kambing panggang yg teramat sedap ni..tpi ni pun kejadian yg dh berminggu jgk la duk peram dulu, cuma yg ni maz masak dlm kuali non stick dulu..pastu bakar dalam oven sekejap, nk menyenang keje..malas nk cuci pemanggang ajaib..hasilnya tetap sama, daging pun lembutnya sbb guna kambing segar..yg buat sblum ni ada kat sini,  Inysaa Allah jumpa lagi dan maaf andai ada silap dimana-mana..

ada plak sambal belacan lgi la teramat sedapnya, maz guna lamb chop..separuh potong amik daging je senang anak2 nk mkn..

SET NASI KAMBING PANGGANG LAGI by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1kg kambing segar
  • 1/2 labu kecil bawang besar bombay *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1/2 inci halia *
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 2-3 sudu besar sos lada hitam - maz guna jenama puteri dari Msia
  • 2-3 sudu besar sos smoke BBQ - maz guna jenama Life dari Msia
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • sedikit kicap manis
Cara

1. Toskan kambing biar kering sepenuhnya, tumbuk lumat bahan bertanda *
2. Gaul kambing dengan semua bahan, perap 3-4 jam.
3. Panaskan 1 sudu besar minyak sayur/minyak zaitun dalam kuali non stick, susun daging dan masak selama 2-3 minit setiap bahagian atau biar sedikit perang.
4. Susun dalam loyang dan bakar selama 6-8 minit dengan suhu 180 C, panaskan dulu oven 10 minit sebelum guna.
5. Boleh la dihidang ketika masih panas bersama nasi putih, sambal belacan dan sup, maz buat sup kosong je, rebus sayap ayam sikit.

Nota ilhamdapur : setiap kali nak masak daging baru sentiasa tambah minyak sikit lagi agar kuali tidak hangus, bila dah siap masak, tutup daging dengan aluminium foil sementara tunggu masak daging yang seterusnya agar daging yang sudah masak tidak kering.

klu xpkir semua tgh diet ni, mau memanggang kambing lagi..tpi minggu lepas maz cuma panggang kambing meratah..nasi xde la, klu buat tomyam pun sama..hirup tomyam je tanpa nasi..

5 comments:

  1. Lama saya tak online..
    Maz dan suami apa khabar?
    bukak2 terus nampak kambing panggang. favourite saya nih.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. saya pun sama, xsanggup nk kata no nasi klu nsi kambing ni..sedapp!
    tu tu, lama dh blog en.rosdi xberupdate..sibuk ke
    saya sklrga Alhamdulillah sihat, semoga en.rosdi sklrga jgk sentiasa dlm rahmatNya..terima kasih sdi singgah dpur suam saya ni..

    ReplyDelete
  3. Insya Allah, nanti saya update.. memang ke belakangan ni sibuk sikit, sejak dari raya tahun lepas. Sekarang ni balik bermastautin kat kampung sekejap. Mak saya suruh duduk kampung kejap sampai lepas raya tahun ni pulak... katanya sesekali. Hahaha.. tak perlah, sebab saya pun kerja sendiri, jadi boleh la teman temankan dia...

    ReplyDelete
  4. Bnyknya plak typo komen saya kat atas tu..
    Seronok sbnarnya duk kpung ni kan..
    Saya rindu sangat dgn kehidupan di kpung..Alhamdulillah e.rosdi dpt pluang tu..besar sangat pahala berbakti pda org tua ni..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...