Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, November 30, 2010

Sweet & Sour Fish

Assalamualaikum..asik duk msk msm mnis je..xrti doh ko nk msk lagu lain ni..hehee..apa nk buat kna ikut gaya mkn anak2..cma kli ni tkor ayam nga ikan je..kbtulan p psar wken lepas kita bli ikan 4 ekor..tpi xthu ikan apa..hri tu dh buat msk asam pdas..ni sweet sour plak..ada 2 ekor lgi dlm pti tu sdng mnunggu gliran..rspi ringkas2 aje..janji anak2 sukee..tpi anak bonsu kita xmkn ikan..aiman pun kna brpksa2 suh mkn ikan2 ni..huhuuu..rspi cmpak2 sblum ni ada kat SINI jgk..ni pun kita main msuk je apa yg ada..

saiz ikan ni bsar lgi dri lengan kita ni..4 ekor bratnya 2.5kg..bsar jgk la tu ye..

Sweet & Sour Fish by Ilhamdapur.blogspot
Bahan-bahan

  • 1 ekor ikan bersaiz besar @ apa2 ikan yg sesuai - digaul sedikit garam kunyit
  • 1 labu bawang besar - dibelah 6
  • 1-2 ulas bawang putih - diketuk
  • 1 biji buah tomato - didadu kecil
  • 4-5 sudu besar sos cili
  • 2-3 sudu besar sos tiram
  • 1/2 cawan air yang dibancuh dengan 1 sudu kecil tepung jagung (agak2 la ye)
  • sedikit gula dan serbuk pati ayam sebagai perasa
  • sedikit sayuran - maz guna brokili dan kapsikum hijau - dipotong
  • 2 biji cili merah - dipotong serong
  • minyak masak secukupnya

Cara-cara

1. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing. Ketepikan

2. Dengan guna kuali yang sama, keluarkan minyak goreng ikan tadi, cuma biarkan dalam kuali dalam 1/4 cawan, masukkan bawang putih dan tumis hingga kekuningan.

3. Kemudian masukkan buah tomato, kacau sekata. Masukkan pula sayuran yang lain. balik-balikan.

4. Masukkan semua jenis sos, kacau seketika. Masukkan air bancuhan tepung jagung sedikit (jangan habiskan semuanya). Perasakan dengan sedikit gula dan serbuk pati ayam (jika perlu). Masukkan bawang besar dan cili merah. Kacau sekata. (kalau terlalu kering, boleh tambah air sikit lagi). Masak seketika lagi.

5. Tuang atas ikan yang telah siap digoreng. Sedia untuk dihidangkan panas-panas.

2 comments:

  1. Kalau ikan goreng s&s, mesti laju je turun kak!!! Love is here!!! :D

    ReplyDelete
  2. maz sedapnya kari ikan nie....rajin je buat kari ye...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...