Slice Cheese Cake
Bahan-bahan
- 4-5 keping slice cheese
- 200 ml susu segar
- 70 gram butter atau marjerin
- 70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
- 70 gram gula
- 4 biji telur saiz
- beberapa titik esen vanila
Cara-cara
1.Potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar.
2.Kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
3.Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
4.Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
5.Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
6.Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
7.Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya. 8.hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.
laa..kak maz dah ke udara rupanya..apa khabar kak..tu baca busy betul akak ye..masa banyak atas jalan ye? hee..hope akak sihat disamping kebusyan melanda..
ReplyDeletesedap kek ni, saya pun dah try..
Maz.....alhamdulillah dah mule membaking kan diri....:) Good to hear u.....so wangi itew chees ecake sampai ke Doha ni dah....)
ReplyDeletealhamdulillah..dah kembali beraksi nampaknya maz,tahniah! baru sempat nak jenguk dapur maz hari ni. menawan nampak kek tu, guna slice cheese je ye? masuk list nih...!
ReplyDeletekak maz, jamu mata ni yg tak thn ni...sedapnya nampak pun tau gebus ni.. sib baik ada lagi cheese cake kat umah ni takla meleleh air liur ni...ni antar akak sepiring yer...hehe
ReplyDeleteAssalam maz,sihat ke bizi ye ,take care ye.nyum nyum nmpk ciskek tu
ReplyDeleteSalam Maz, Kak ni dah lama pendam perasaan nak buat cheese cake, entah bila la boleh nak buat. Kak resipi ya nak test kat PATYSKITCHEN
ReplyDeletesalam kak maz..selamat kembali..emm sedapnye cheese cake..my feveret..tp belum2 pernah buat lagi..asyikmkn yg beli je..hehehe
ReplyDeletemaz~kwn2 semua..
ReplyDeleteWsalam..mksih ye sdi sngah dan tngalkan lovely msj buat kita..kek ni memang sdppp..nenek xde gigi pun leh mkn..hehee..nk buat xde susah mana kan..
hai akak..hari tu sy tersesat ke blog akk dan tgk kek ni menarik je dan sabtu lepas saya buat memang menjadi dan ramai yang puji sedap..thanks ye.apa2 pon salam perkenalan..
ReplyDelete