Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, November 21, 2011

Sambal Udang Petai

Assalamualaikum..ni pun mnu dah brminggu jgk..petai mai khas dri msia..biasa la klu mai bahrain ni mcm2 yg dibawa..budu..stok tmpoyak..sgala jnis daun la..hehee..

Sambal Udang Petai by ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 10 ekor udang saiz sederhana besar - belah belakang dan buang urat
  • 1/4 cawan cili kisar (rebus cili kering dan kisar)
  • 1 labu bawang besar - dihiris nipis
  • 2 ulas bawang putih - diketuk
  • 3 sudu besar sos cili
  • nesan kerek @ gula melaka sebesar ibu jari
  • sedikit gula dan serbuk pati ayam sebagai perasa
  • sedikit belacan dan air asam jawa
  • minyak masak secukupnya
  • air secukupnya
Cara :

1. Cuci udang bersih-bersih dan toskan.

2. Panaskan minyak (dalam 1/4 cawan), masukkan bawang putih dan biar sehingga bawang kekuningan. Masukkan cili kisar, nesan dan bawang besar. Masak sehingga pecah minyak dengan api perlahan. Bila dah pecah minyak masukkan air asam jawa dan belacan. Kacau sekata dan tumis seketika lagi.

3. Tumis sehingga cili benar-benar masak, kemudian masukkan sos cili dan tambahkan air sikit-sikit bila hampir kering (tujuannya agar sambal kurang pedas). Masukkan petai.
4. Kemudian baru masukkan udang dan perasakan dengan sedikit gula dan serbuk pati ayam. Balik-balikkan agar sekata dan masak seketika lagi sehingga udang masak. Siap..

rspi sma je sprti yg lepas2..klu msk smbal ni xbleh nk buat yg lain dri biasa..nti xde yg mkn..tu yg mnu kita asik sma je..seisi umah ni cra mknnya xadvncur..kita lgi la..msk2 brsmbal ni xminat..klu mkn nsi lemak..buat syarat je letak smbal tu..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...