Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, March 7, 2013

Ikan Bawal Goreng Bercili

Assalamualaikum..bertemu sekli lagi disini..apa khbar semua..semoga dipermudahkan segala urusan harian kita semua..insyaallah..skli skala berenang jgk ikan masuk dpur ni..bkn xnk masak ikan..tpi xde smbutan..klu ada ikan bawah tdung saji..nati ada la suara yg berbunyi mintak lauk lain..masa tu tetiba je terasa pnas cuping telinga ni..hehee..ok la ikan ni pun masak ringkas2 je..dah la xde peminat ikan kat umah ni..ditambah plak dgn tukang masak yg xberapa rjin..maka cmpak2 je la apa yg ada..

Ikan Bawal Goreng Bercili by ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

  • 1 ekor ikan yang sesuai (maz guna ikan bawal emas)
  • 2-3 sudu besar cili kisar
  • 1 ulas bawang putih - mayang
  • 1 ulas bawang merah - mayang
  • 1 labu bawang besar - dipotong/belah
  • 1-2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • sedikit lobak merah - potong panjang @ sayuran lain
  • 1-2 biji cili hijau dan daun ketumbar - hiasan
  • sedikit gula, garam dan aji sebagai perasa

Cara

1. Cuci ikan bersih-bersih dan lumurkan dengan sedikit garam kunyit. Goreng seperti biasa. Angkat dan ketepikan.
 
2. Dengan kuali yang sama, tinggalkan dalam 2 sudu besar minyak dan tumis bawang yang dimayang, kemudian masukkan cili kisar. Masak seketika.
 
3. Masukkan sos dan sayur, kacau sebati. Kemudian masukkan sedikit air dan perasa secukup rasa.
 
4. Akhir sekali masukkan bawang besar. Boleh la dituang atas ikan yang telah digoreng tadi. Taburkan cili hijau dan daun ketumbar. Siap..

terima kasih skli lagi pada yg sudi singgah dapur kecik maz ni..sesunggunya yg sempurna itu datang dariNya..salam ukhuwah buat tetamu yang budiman..semoga jumpa lagi..insyaallah..

12 comments:

  1. assalam Maz
    kecur tgk masak bercili, sedap utk hidangan tengahari ni kan

    ReplyDelete
  2. Salam rindu dendam wat adindaku cayaangg..pekabo?? wah leh akak tumpang mamam lauk ikan ni..my feveret tau!

    ReplyDelete
  3. memang lauk peberet ni... yummy!!

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak Maz...ikan2 ni memang peberet sepanjang zaman...Sedap juga nampaknya kuah dia itewwwww

    ReplyDelete
  5. Salam kak maz.. sedap nmpk lauk nih. tun suka mkn bawal goreng garing2.. biasa wat sweet sour je.

    ReplyDelete
  6. salam Maz...sedap feveret kami ikan ni...

    ReplyDelete
  7. Aslmkum Maz
    sedap ikan yg Maz masak itu...
    kat rumah pula kalau masak ikan anak2 mkn..kdg2 laku ...kdg2 tak...

    ReplyDelete
  8. Hello Kak Maz! Apa khabar dear???
    Sedapnya dish ikan ni kak!!! Nak nasi bertambah2 ;)

    ReplyDelete
  9. Mazzzzzzzzzzzzzz
    rindunyerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

    ReplyDelete
  10. salam Maz..kat umah akak nih..memng diarang kena paksa makan ikan..hihi..tapi ikan bagus kan utk otak (org kata lah)
    Maz pekabo ?? harap semuanya dlm keadaan yg baik..take care!

    ReplyDelete
  11. maz-dear friends...

    Terima kasih sudi luangkan masa jenguk ikan goreng cili tu..tapi maz memang suka klu lauk ikan..masalah anak2 je yg xreti mkn ikan..huhuu..setiap kunjungan dan komen yg ditinggalkan amat ma hargai..

    ReplyDelete
  12. DEPOSIT PULSA TANPA POTONGAN
    BONUS SPECIAL SABUNG AYAM WIN 8X .

    s128agen.club

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...