Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Sunday, April 13, 2014

Nasi Lemak Daun Pisang

Assalamualaikum w.b.t..."Laa haula wa laa quwaata illaa billaah...Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah swt"...sama2lah kita ringankan bibir dengan selalu menyebut sebaris ayat ni wlu dlm apa jua keadaan...brtemu skli lgi semoga sntiasa dlm rahmat dan hidayahNya...pgi ni nasi lemak bungkus daun pisang yg buat 3 minggu sudah...asalnya buat nk bwa g bekpes tepi laut...last2 mkn kat rmah je...duk dpan tingkap jdi lah mcm brkelah tpi laut jgkk...mood pun xbrapa nk ada dh nii...mkin slow dh nk mengupdate...akhir kata mohon maaf atas segala kekurangan dan smga jumpa lagi...Insyaa Allah...

Nasi Lemak Daun Pisang by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

Sambal Bilis

  • 1 cawan cili kisar - rebus cili kering dan kisar
  • 1 labu bawang besar *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia *
  • 1 keping asam keping
  • 1 labu bawang besar - hiris nipis
  • segengan ikan bilis goreng
  • sedikit air belacan
  • sedikit nesan/gula melaka
  • gula secukupnya
  • sedikit garam
  • minyak untuk menumis secukupnya
Cara

1. Kisar bahan * dengan pengisar kering.
 
2 Dalam kuali, panaskan 1 cawan minyak. Masukkan bahan kisar dan masak hingga sedikit layu. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak dengan api perlahan sambil dikacau selalu.
 
3. Masukkan air belacan dan kacau sebati. Kemudian masukkan nesan, asam keping, bawang hiris dan 3-4 sudu besar air. Masak sambil dikacau selalu hingga pecah minyak.
 
4. Tambah air sikit lagi dan masak lagi. Kemudian masukkan ikan bilis goreng sambil dikacau selalu. Perasakan secukup rasa dengan gula dan sedikit garam. Masak hingga pekat. Siap.

Nasi Lemak

  • 2 cawan beras - maz guna beras wangi
  • 2 cawan santan cair @ ikut sukatan beras masing-masing
  • 2 sudu besar minyak sayur
  • 5-6 keeping halia hiris
  • 1 batang serai
  • sedikit garam
  • daun pisang dan kertas secukupnya
  • telur rebus dan timun
Cara

1. Cuci beras seperti biasa. Masukkan semua bahan dalam periuk nasi kecuali minyak sayur dan masak seperti biasa. Bila nasi dan mendidih kacau sekali sekala agar sebati.
 
2. Apabila nasi sedikit kering, tuang minyak sayur tadi dan gemburkan nasi dengan garfu. Tutup periuk dan biar nasi masak sepenuhnya.
 
3. Bila nasi dah masak boleh lah dibungkus dengan daun pisang bersama sambal bilis, telur rebus dan timun. Siap..

bab bungkus memang out lah...kat sni hnya 1 psaraya je jual daun pisang ni...kira ok la jgk ada jual kan...psaraya tu pun xde lah jauh sngat dri rmah ni...klu bli kena frozen la...tpi yg ni bli ptg khmis esk pgi trus guna utk bungkus nasi ni...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...