Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Sunday, December 14, 2014

Ponni Chicken Rice

Assalamualaikum w.b.t...bila lama xupdate...mood pun beratt je skit nk layan blog...ditambah dgn badan pun xsihat...baru baik dri demam..batuk...sbnarnya bwa blik dri Istanbul lgi sakit2 tu...msa hri ke 4 dan ke 5 kat sna dah start demam...mgkin cuaca sejukk sngat...Alhamdulillah baru rasa ringan skit kepala ni...layan je la deh nasi ayam yg dan berzaman jgk ni pun...cuma kali ni guna beras ponni...tu yg letak nama Ponni...rspi sma je mcm sblum ni...terima kasih pada yg sudi singgah dapur kecik ni...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan...

Ponni Chicken Rice by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1kg ayam - cuci bersih
  • 2 inci halia - ketuk
  • 2 ulas bawang putih - ketuk sekali dengan kulit pun takpe
  • 1 kiub pati ayam atau garam secukup rasa
  • 1 inci halia - tumbuk lumat *
  • 1 ulas bawang putih - tumbuk lumat *
  • 1 sudu besar sos tiram *
  • 1 sudu kecil sos cili *
  • 1 sudu besar kicap manis *
Cara 

1. Dalam periuk masukkan air secukupnya (kira tenggelam ayam) dan didikkan bersama halia dan bawang putih ketuk serta kiub pati/garam.
2. Bila dan mendidih masukkan ayam dan rebus dengan api sederhana selama 35-40 minit dan dibalikkan sekali ayam tadi. Bila dah masak keluarkan ayam dan simpan dulu air rebusannya.
3. Sebatikan semua bahan * dan lumur pada seluruh ayam dan masukkan dalam dulang dan bakar selama 40-45 minit dengan suhu 170 C.

Nasi
  • 2 cawan beras ponni
  • 2 inci halia - tumbuk lumat
  • 1 ulas bawang putih - tumbuk lumat
  • 3 sudu besar minyak sayur
  • 1 helai daun pandan
Cara

1. Panaskan minyak (maz terus guna rice cooker) dan masukkan bahan tumbuk. Tumis biar wangi. Kemudian masukkan daun pandan dan air rebusan ayam atau sedikit air jika rasa air rebusan tak cukup sebab nak buat sup juga.
2. Bila dan mendidih masukkan beras dan sedikit garam atau pati ayam dan secubit serbuk kunyit. Masak seperti biasa hingga nasi masak.
3. Boleh la dihidang seperti biasa.
4. Untuk resipi kicap dan air cili boleh tengok kat sini.

biasa la klu nasi ayam ni pabret afiq sepanjang masa...klu xsalah pas buat yg ni lama dah la jgk dah xbuat nasi ayamnya...tpi sbnarnya nsi ayam la menu cepat dan mudah kan...1 lauk je...xpyah nk buat 2-3 jenis...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...