Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, January 26, 2015

Red Velvet Cupcakes

Assalamualaikum w.b.t..'Allah humma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni'..red velvet antara kek yg pemes suatu ketika dlu...skrang pun masih disebut2 lagi tentang kek ni...klu kena cara buat dan rspi yg btul memang sedappp...ni pun rspi kek yg sempurna dri blog divascancook yg maz buat versi cupcakes...asik duk buat kek versi kecik je deh...bkn apa nk cara selamat...sbb xrajin mana nk deko klu kek sbjik tu...ditambah dgn xreti plak...lgi stu snang nak mkn...amik je sbjik sorang...kihkih...resipi asal dri sini tpi maz ejas skit dan kat bwah ni letak rspi yg dah diubah...klu nak tgk gmbar dan rspi asal klik je kat link tu ye...trima kasih skli lgi pada pengunjung budiman yg sudi jejak dapur kcik ni...Insyaa Allah semoga jumpa lgi dan andai ada yg dpt dimanafaat bersama maz doakan semoga dpt hasil yg memenuhi selera keluarga...akhir kata mohon maaf atas segala kekurangan yg ada...

teksture keknya memang mosit...tukang masak ni yg xgemar sngat kek2 ni pun bleh hbis 2 bjik...juri kat rmah ni pun ckp sedappp...

Red Velvet Cupcakes by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 2 cawan allpurpose flour
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 1 1/2 cawan gula kastor
  • 1 cawan minyak sayur 
  • 2 biji telur suhu bilik
  • 1 cawan susu segar + 1 sudu besar jus lemon/cuka, sebatikan dan biar 5-7 minit
  • 2 sudu kecil essen vanilla
  • 1 sudu kecil cuka
  • 1/2 cawan air kopi kosong panas
  • pewarna merah secukupnya
Cara

1. Panaskan oven 160 C.
2. Satukan bahan kering, kacau sebati guna whisk atau garfu.
3. Dalam mangkuk lain putar sekejap gula dan minyak. Masukkan telur, susu segar, vanilla dan pewarna merah (masuk 1/2 sudu besar dulu), sebatikan.
4. Kemudian masukkan kopi dan cuka. Masukkan bahan kering sikit-sikit sambil diputar dan jika perlu boleh tambah pewarna.
5. Masukkan 3/4 dalam cawan kertas yang telah diletak dalam try muffin. Bakar selama 18-20 minit bergantung pada oven masing-masing. Sejukkan sepenuhnya sebelum letak cream cheese.

Cream Cheese
  • 250g cream cheese 
  • 3/4 cawan gula kastor - boleh tambah jika suka manis
  • 1 sudu kecil jus lemon
  • 2-3 sudu besar susu segar - jika perlu
  • secubit garam
Cara : Satukan semua bahan dan putar biar sebati. Sedia untuk disapu/masuk dalam paiping. Atas tu maz tabur kelapa kering.

kek ni pun dh 3 bulan kena peram...takpe la gmbar je yg basi kan...keknya dah lama selamat...bila klik kat gmbar tu rupeenya buat 20hb 10 lgikk...suami bwa pergi ofis sparuh...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...