Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, February 10, 2015

Apam Beras @ Apam Nasi

Assalamualaikum w.b.t...'Hasbunallah wa ni'mal wakil'..sbetulnya jarang sangat buat kuih apam ni sbb xde sambutan...tpi klu apam mcm ni anak mkn jgk skit...dedulu prnah try apam eno...ok jgk rspi tu...kli ni cuba apa nasi plak...memula rasa apam nasi ni msa kat msia dlu...klu ada jamuan lepas kelas kat surau atau baca yasin kat rmah kwn2...slalu la dpt mkn apam ni...kak laila yg buat...kira demand la apam ni darinya...semua sukaa...dah biasa duk brgurau dgn dia klu buat jgn lupa adiknya ni nk 3 henggit...jdi klu dia buat apam, dia dh siap simpan 1 bkas utk maz sbb kami rapat mcm adik beradik...tpi hritu tetiba teringin nk mkn apam ni...wassap la mtak rspi dgn kak lela...dia pun dpt rspi ni dri kwn yg lain...maz pun xthu rspi asal dri siap...keeper rspi la...memang the best org kata...klu ada sapa2 thu atau empunya rspi sdri yg trbaca n3 ni bgthu ye...bleh letak nama atau link pemiliknya...jazakillahukhairan pada penyumbang rspi yg sedapp ni dan juga kak lela yg panjangkan rspi ni...kebutan plak pagi ni updated kuih apam ni dan bru dpt msj yg kak laila masuk hospital buat pembedahan kecil sebab kakinya sakit...semoga diringankan sakit kakakku dan dikurniakan kesihatan yg baik...Ameen...Inysaa Allah smga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan...

ni la apam beras yg kena dgn citarasa...lembut dan ringan teksturnya...bleh hbis 5-7 bjik skli mkn...sedappp...nk buat pun mudah sngat...maz buat 1/2 rspi je...tu pun dpt bnykk...ishhh..tgk yg ni rasa mcm nk mkn lagikk...

Apam Beras @ Apam Nasi by http://ilhamdapur.blogspot.com
Resipi : Kak Laila (kakak angkat)
Bahan-bahan
  • 2 cawan nasi sejuk (kalau boleh nasi dah semalaman lagi elok)
  • 3 cawan air
  • 3 cawan tepung beras 
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 paket yis kering mauripan (11g) 
  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • kelapa parut secukupnya - gaul dengan sedikit garam
Cara

1. Kisar nasi dengan air hingga betul-betul hancur/halus.
2. Sebatikan tepung, gula dan yis, kemudian masukkan no.1 dan kacau sebati.
3. Asingkan kepada 2-3 bahagian (ikut nak buat berapa warna), masukkan sedikit pewarna setiap bahagian, kacau sebati dan perap selama 1 jam.
4. Sediakan pengukus air mendidih, sapu sedikit minyak pada acuan, isi 3/4 dan kukus selama 15-18 minit, balut penutup pengukus dengan kain/tuala agar air tidak menitik.
5. Boleh la dihidang bersama kelapa parut.

anak2 plak klu mkn apam ni xnk kelapa prut..mkn gtu je...tpi sedapp jgk mkn tanpa kelapa sbb apamnya cukup lembut dan moist...

3 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sori fiza kmaz terdeleted komen fiza tdi...

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...