Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, February 19, 2015

Ayam Goreng Lemon Mamak Stail

Assalamualaikum w.b.t..'La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin'...ayam lemon mamak ni pasangan dgn kari ketam hritu tu lgik...takpe la deh lewat updated tu...dedula dh pernah try rspi ni...klu buat mkn dgn nsi lemak pun sedapp...jazakillahukhairan pada penyumbang rspi...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan...

Ayam Goreng Mamak by http://ilhamdapur.blogspot.com
Resipi : iris myresipi.com
  • 2 inci halia 
  • 6 ulas bawang putih 
  • 2 sk serbuk jintan putih 
  • 2 sk serbuk jintan manis 
  • 2 sk serbuk ketumbar 
  • 2 sk serbuk cili kering brand baba's 
  • 2 sk serbuk lada sulah atau serbuk lada hitam (atau nak guna kedua - dua pun boleh, sukatannya - 2sk serbuk lada sulah dan 2 sk serbuk lada hitam ) 
  • 2 sb serbuk kari ayam- brand babas 
  • 1 biji lemon 
  • 4 sb tairu (yogurt plain tu) 
  • 3 helai daun kari 
  • 1/2 biji bawang besar - dimayang garam secukup rasa minyak secukupnya utk menggorang 
  • 8 ketul ayam atau ikutlah nak banyak mana 
Cara

1. Blendkan bawang putih dan halia. 
2. Gaulkan kesemua bahan pada ayam termasuk bawang putih dan halia yg diblend tadi, perahkan jus lemon dan perapkan sebentar sekitar 30 minit pun cukup, saya selalu tak perap. 
3. Panaskan minyak secukupnya dan goreng sampai masak.  P/s * semasa menggoreng, anda akan dapat kerak - kerak yang tertanggal dari ayam tu. kerak tu sedap sangat dimakan bersama nasi dan kuah kari ayam atau ikan. kalau nak tau, kalu anda selalu makan kat kedai mamak dan ada salah satu hidangan tu ada macam kerak - kerak tepung yang rasanya ala - ala pedas, masam dan masin seenak rasa tu, ni la bendanya. Selamat mencuba.

anak2 xminat sngat klu ayam greng berempah gini...kna ayam greng garam kunyit tu je...dh lewat gini kepala pun rsa ksong je xthu nk tulis apa...cuci mata je la dgn ayam mamak ni deh...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...