Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Wednesday, July 27, 2016

Mee Kari Daun Limau Purut (Thai Curry Noodle)

Assalamualaikum w.b.t
'SubhaanAllahi wabihamdihi subhaanAllah hil'azim' (Maha Suci Allah dengan segala puji bagiNya, Maha Suci Allah yang Maha Agung), 2 kalimah yg ringan dilidah, berat ditimbangan Al Mizan (Riwayat Bukhari & Muslim), sama2 kita amal baca selalu sebagai zikir harian..semoga Allah SWT make us among those who remember Him much, Ameen.
sementara ada mood dan kelapangan ni, update blog la dlu skjap..sbnarnya minggu ni agak sibuk skit, ni pun bru msuk rumah lepas hntar barang2 ke rumah baru..Inysaa Allah wken ni start duk rmah baru, pindah plak sbb cri rumah yg dekat dgn skolah abangngah..senang dia pegi skolah jln kaki je, ok la masih dgn menu lama, bru nk update mee kari versi siam yg kluar SAJI Mei hritu..kejdiannya bln 3 lgi, adoiiii lamanya duk main peram..maz fanatik dgn aroma daun limau purut dan daun ketumbar, memang sedappp la mee ni! xmuak sngat mcm mee kari yg biasa, ada masuk pes tomyam dan pes cili thai..bleh jgk buat utk hidangan utk majlis rumah terbuka, terima kasih skli lagi pada yg sudi singgah dapur kcik ni..harap segala kekurangan yg ada dpt dimaafkan dan Inysaa Allah jumpa lagi..

MEE KARI DAUN LIMAU PURUT (THAI CURRY NOODLE) by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1/2kg dada ayam
  • 1/2 labu bawang besar bombay *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 3 hiris halia *
  • 1/2 inci kunyit hidup *
  • 1 sudu besar air belacan
  • 1 sudu besar pes tomyam
  • 1 sudu besar cili pes thai - maz guna yg tutup biru sama brand dengan pes tomyam 
  • 1 batang serai - ketuk
  • 4 helai daun limau purut
  • 1 keping asam gelugor
  • 1/2 tin susu cair
  • 2-3 cawan air
  • 3 batang kacang panjang
  • 3-4 sudu besar minyak sayur
  • garam, gula dan sedikit aji
Bahan Lain
  • mee kuning - bilas dengan air suam 
  • telur rebus
  • taugeh
  • daun ketumbar
  • bawang goreng
  • cili merah
Cara

1. Kisar lumat semua bahan bertanda * dengan sedikit air atau pengisar kering.
2. Panaskan minyak untuk menumis, tumis bahan kisar dan serai hingga naik bau.
3. Masukkan air belacan, pes tomyam, pes cili, tumis sekejap, masukkan air, susu cair dan asam keping, masak biar mendidih sambil dikacau selalu, kemudian masukkan ayam dan daun limau purut.
4. Perasa secukup rasa dan masak hingga ayam lembut, masukkan kacang panjang, padamkan api.
5. Boleh la dihidang bersama bahan sampingan yang lain.

skli skala tukar selera dri mee kari biasa, aroma serai dan daun limau ckup membangkitkan selera dan buat rsa mee ni special..pastu letak daun ketumbar biar lebih skit..waduhhh! bila kunyah tu terasa nikmat sungguh..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...