Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Sunday, September 25, 2016

Sambal Udang Petai

 Assalamualaikum w.b.t. 
'La illaha il'lallah wahdahu la sharika lah, lahul mulku wa lahul hamd, wa huwa 'ala kul'li shayin qadeer (tiada Tuhan selain Allah, tiada sekutu bagi Allah, yang memiliki langit dan bumi dan yang berkuasa atas segalanya), zikir selepas solat fardu sunnah Rasulullah saw, baca 10x selepas solat maghrib dan subuh sebaik bagi salam..sama2 kita amalkan semoga Allah swt have mercy on us all, forgive our mountainous sins and strengthen our iman, Ameen.
ni pon menu frozen, kli ni petai frozen..ada beli petai kat asian store 2 bln sudah masa tgh ada stok..lebih suami buat ulam frozen skit, tu yg buat sambal ni, buh pon berapa bijik je..kena jimat, sayang tkut cepat hbis! kat rmah ni memang kerap duk masak sambal gini, klu tak udg..sambal telur rebus atau sambal bilis..kli ni buat versi kupas kulit terus, senang skit org yg nk mkn..InysaaAllah jumpa lagi dan maaf atas kekurangan yg ada..

SAMBAL UDANG PETAI by ilhamdapur.blogspot.co
Bahan-bahan
  • 8-10 ekor udang saiz besar 
  • 1/2 labu bawang besar bombay *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1/2 cawan cili kisar - rebus cili kering, kisar lumat
  • 1 labu bawang besar - hiris nipis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 keping asam gelugur
  • sedikit nisan/gula melaka
  • petai secukupnya
  • garam, gula secukup rasa dan aji jika suka
  • minyak untuk menumis secukupnya
Cara

1. Kupas kulit udang, tinggal ekor saja dan buang urat hitam, toskan.
2. Tumbuk sedikit lumat bahan bertanda *, panaskan minyak untuk menumis secukupnya, masukkan bahan tumbuk dan tumis biar bawang masak.
3. Masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak dengan api sederhana, tambah air 2-3 sudu dan tumis lagi, ulang tambah air ni 2-3x biar cili masak elok, kemudian masukkan bawang hiris.
4. Masukkan asam keping, nisan dan air secukupnya, masak sambil dikacau sekali sekala biar mendidih lama sikit, masukkan sos cili, sos tiram, sedikit garam, aji dan gula secukup rasa.
5. Masukkan udang, petai dan masak dalam 64-5 minit, jangan masak lama sangat nanti udang kecut atau terlebih masak.

ni pon menu ulang tayang yg kerap jgk dh, klu masak sambal gini pasangannya selalu buat lemak putih bayam atau gulai kuning ikan..pastu ayam goreng mesti ada sbb afiq sorang xmkn udang klu buat lauk, dia klu udg goreng celup tepong je bru dia mkn..

1 comment:

  1. Wah..sy pun mmg suka buat sambal udang petai macam ni.. Yummy

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...