Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Friday, September 2, 2016

Homemade Keropok Lekor Kali Yang Seterusnya

 Assalamualaikum w.b.t 
Dari Aisyah ra : 'Rasulullah saw tidak pernah meninggalkan solat sunnat Fajr samada semasa di rumah atau ketika musafir' "Sadba Rasulullah saw, 2 rakaat sunnat Fajr (sebelum solat subuh) adalah lebih baik dari segala isi dunia, Sahih Muslim", semoga kita istiqomah dan Allah swt bless us, guide us to the right path dan grant us, all our parents ultimately Jannah, Ameen.
bertemu skli lagi dipagi jumaat yg barakah, amik masa skejap update blog ni sementara free..kjap lgi nk msuk dpur, pastu nk kluar plak bila suami dan anak2 blik solat jumaat..ok la lama dh jgk xbuat keropok lekor ni sbb xde ikan tamban kecik tu, wken lepas masa pergi psar tgk ikan tu dh ada balik..apa lgi terus la sambar, 1 dinar sekilo atau sekitar rm11..tu pun ada 3-4 org je yg jual, blik rmah terus la proses mengggunting..esknya jln la projek keropok lekor, dan ni la hasilnya..cuma ada sedikit panduan tambahan bila buat keropok lekor ni, jgn guna ikan yg terlalu sejuk..biar ikan disuhu bilik dulu kerana kalau ikan sejuk nanti akan guna banyk tepung, ni dri pengalaman maz semenjak duk buat keropok lekor ni..klu guna banyk sangat tepung, nanti keropok akan jdi keras..adunannya memang agak lembik dan melekat kat tangan sikit, nati bila nk gentel, celup je selalu tangan dengan tepung ubi..bleh tgk kat sini, semoga dpt membantu klu ada yg terasa nk buat keropok lekor sdrik..tpi kena ada ikan kecik tu la baru senang, xpayah kena buang tulang, kulit ikan pun xmelekat kat pengisar sbb guna blander biasa je..tpi klu ada pengisar daging atau ikan yg besi tu bleh aje guna ikan besar kan, InysaaAllah jumpa lagi dan maaf atas silap yg ada..

 posing la sikit yg dh potong dan ready utk msuk kuali, buat kecik2 bila rebus cepat masak..

dh jdi la keropok lekor hasil air tangan sediri, puas hati sangat dgn hasilnya..klu nk mkn yg rebus ni pun bleh, sbb lembut! mcm keropok losong terengganu..1 respi kat atas tu bleh dpt bnyk batang mcm dlm gmbar ni, puas la goreng..yg buat kli ke 2 simpan frozen..pastu time nk goreng kluarkan biar lembut dan maz rebus blik skejap..jdi sama mcm kerepok yg bru buat, ptg dgn mlm tdi pun greng plak yg frozen..

HOMEMADE KEROPOK LEKOR by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan 
  • 350g anak ikan tamban seperti dalam gambar kat bawah (timbang yang dah disiang gunting buang kepala dan perut) - suhu bilik, jangan guna ikan yang baru defrost
  • 200ml air - untuk kisar ikan
  • 1/2 cawan allpurpose flour
  • 250-300g tepung ubi (tapioca strach) @ secukupnya
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil garam
  • sedikit serbuk lada sulah berperisa @ serbuk aji jika suka
Cara

1. Dalam pengisar masukkan air dulu dan ikan, kisar hingga lumat, kalau tersekat masa kisar tu kacau dengan sudu.
2. Tuang dalam bekas, kemudian masukkan 2 jenis tepung dan bahan lain, kacau sikit bahan kering ni guna hujung jari biar sebati.
3. Kemudian gaul semua biar sebati dan boleh tambah tepung ubi jika masih terlalu lembik, tapi kalau lembik sikit-sikit atau melekat pada tangan takpe sebab nati akan guna tepung lagi bila nak bentuk.
4. Tabur tepung ubi sikit dipermukaan yang rata, ambil sejemput dan campak-campak dulu adunan tu atas tempat buat tu untuk buang angin, kemudian bentuk bulat/gentel panjang dalam sejengkal sebesar saiz ibu jari (kalau rasa lembik sangat, lumur tangan dengan tepung sikti ubi setiap kali nak gentel tu), jangan buat besar sangat nanti lambat masak atau tak masak kat dalam, bila rebus keropok akan kembang dari saiz asal, buat sampai habis.
5. Didihkan air secukupnya, masukkan sedikit minyak masak dan rebus hingga keropok timbul lama sikit (jangan rebus banyak-banyak sekali masuk kalau periuk kecik, jangan rebus sampai bertindih), bila dah timbul angkat dan letak dalam loyang yang telah dituang sedikit minyak, goyang sikit loyang tu biar keropok bersalut dengan minyak, bila keropok yang dah masak makin banyak, tambah sikit lagi minyak.
6. Bila dah habis masak semua, bungkus loyang dengan plastik agar keropok tidak keras, jika nak goreng terus pun boleh.
7. Hiris nipis-nipis untuk digoreng seperti biasa, kalau tak habis goreng tutup loyang dengan plastik agar keropok tidak keras, kalau simpan dalam peti pun kena bungkus loyang tu.

Nota ilhamdapur : ikan yang maz guna tu kecik je, tiada sisik serta tulang sangat halus, memang hancur sepenuhnya bila dikisar. Untuk sukatan ni boleh dapat dalam 15-17 batang saiz seperti dalam gambar, tepung ubi tu masuk masuk dalam 200g dulu, kalau rasa lembik sangat tambah sikit-sikit dan adunan ni jangan keras sangat, memang melekat sikit pada tangan, tapi bila dah tabur tepung ubi masa nak bulat tu ok la.

time utk menikmati keropok lekor, yummyy! sos pencicah tu thai sweet cili sos, ada jual bnyk jgk sos manis gini kat sni..

siap ukur dgn jari lgi! saja tukang masak nk tnjuk betapa kecik moleknya ikan tu, pastu maz goreng buat lauk skit yg ada lebih lepas timbang utk kerepok..ada la dlm folder tu..

ni ler ikan yg maz duk guna buat kerepok lekor selama ni, dlm n3 sblum ni pun dh ada letak gmbar bilis tamban ni, ikan ni bermusim jgk..xselalu ada kat pasar, tu bila npak beli 2kg terus, cuma yg bercinta sikitnya nk gunting buang kepala dan perut tu sekor2..ye la ikan pun kecik je, lama la jgk duk berdiri depan sink tu..bleh la 2x main tepung..

Alhamdulillah semua dgn izinNya..keropok pun jdi elok, dgn lembutnya, sedap terasa ikan..puas la jgk anak2 mkn kerepok lekor wpun duk diperantauan, xde la asik teringat mknan kat Msia sangat..

3 comments:

  1. Comel-comelnyer ikan tu...mesti sedap...kat Malaysia ada x ikan ni

    ReplyDelete
  2. Comel-comelnyer ikan tu...mesti sedap...kat Malaysia ada x ikan ni

    ReplyDelete
  3. ~namakecella..
    tu la, kecik molek je ikannya..kat Msia mungkin susah nk jumpa ikan ni yg versi kecik..
    ada jgk goreng buat lauk skit, sedap meratah..rangup..terima kasih sudi singgah dpur kecik ni..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...