Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, October 5, 2010

Sponge Layer Cake

Assalamualaikum..salah 1 kek yg kita buat utk jmuan kwn anak dan adik bngsu kita hri sabtu tu..memang sdppppp sngat2..lembut mcm kek kat kdai kata Mama..digndingkan plak dgn Puratos rasberi jam yg kita bli kat kdai bkeri Best Baking Solution USJ lgi la umphhhh!! laju je msuk mulot..enak snguhhh!! xmuak..2x brturut2 kita buat..anak2 pun suke..lembutttt sngat2 keknya dan lembab..rspi asal kek span pandan Sweet 4ever Myresipi..tpi kita dah olah buat pngubahansuain dri sgi rsa..rupe dan nma..buat stail layer gni..sbb klu kek span yg salut cream tu anak2 xmkn..kita sdri pun xgemor..tpi bila dilapis dgn jam sdp ni..bru la ada pminat..tu yg smpai buat 2x brturut...sbb xckup msa jmuan tu..mksih pda tuan pnye rspi dan mtak halal ye sgala ejus2 ni..hehe..

bhn2nya pun simple je..nk buat pun sonang bangat..yg pnting sdpppp..

Sponge Layer Kek by ilhamdapur.blogspot (ubah suai dari resepi asal kek sponge pandan)
Bahan-bahan
  • 150g tepong super fine/tepung halus (yang dalam kotak tu, mcm brand Blue Key @ MFM)
  • 140g gula kastor
  • 5 biji telor gred A
  • 1 sudu besar ovalette
  • 40ml air
  • 40ml susu cair
  • 80ml minyak canoli @ minyak sayur yang sesuai
  • 1 sudu kecil essen vanilla
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1/4 sudu kecil garam
  • sedikit coklat emolco untuk lapisan bawah (cokelat)
  • Rasberi/Strawberi jam secukupnya (maz guna Puratos Rasberi jam) - untuk sapu pada lapisan cokelat

Cara

1. Sediakan 2 loyang 10x10 inci yang dialas dengan kertas serap minyak. Panaskan oven 150C.

2. Ayak bersama tepung, serbuk penaik dan garam. Ketepikan.

3. Satukan gula, ovalette dan bahan yang diayak tadi dalam mangkuk adunan. Pukul selama 5 minit dengan kelajuan tinggi sehingga adunan menjadi kembang (2x ganda)

4. Perlahankan kelajuan dan masukkan air dan susu cair, pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 3 minit atau sehingga aduan kek menjadi kembang dan ringan.

5. Tuangkan minyak kedalam adunan dan kaup balik dengan senduk kayu atau spatula sehingga sebati (masa ni jangan terlebih kacau ye)

6. Bahagikan adunan pada 2 bahaian. 1 dibiarkan warna asal dan 1 lagi dicampur dengan coklat emelco, kacau sebati guna spatula atau senduk kayu. Masukkan dalam loyang secara berasingan.

7. Bakar dengan sudu 150C selama 25-30 minit atau bergantung pada oven masing-masing.

8. Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan atas redai kek lebih kurang 5 minit.

9. Ambil lapisan cokat, kikis buang sedikit lapisan atasnya (tujuannya nak bagi lapisan ni melekat dengan lapisan 1 lagi) dan sapu rasberi jam pada seluruh kek secukupnya.

10. Ambil lapisan 1 lagi dan letakkan atas lapisan yang telah disapu dengan jam tadi. Tekan-tekan sedikit agar lapisan bercantum kemas.

11. Boleh lah dipotong (guna pisau yang bermata nipis dan tajam agar kek tidak berderai). Sedia untuk dinikmati.Sedapp..

P/S : Untuk mendapatkan rasa kek yang lebih sedap lagi, biarkan kek yang telah siap dipotong dalam bekas kedap udara semalaman, kek jadi lebih moist.

Resipi Asal Kek Span Pandan (Sweet 4 ever)
Bahan-bahan ( 1 biji kek )

  • tepong super fine - 150 gram
  • gula kastor - 150 gram
  • telor - 5 biji telor A
  • ovalette - 15ML - bersamaan 1 sudu besar
  • air daun pandan - 80ML
  • minyak / mentega cair -80ML
  • pes pandan - 5ML/ 1sudu teh
  • serbuk penaik - 5ML/1 sudu teh
  • sedikit pewarna hijau

Cara-cara

1.satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kalajuan pengadun)

2.perlahankan kelajuan dan masukkan air daun pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau...pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.

3.tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.

4.sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8icni, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius

5.bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis...(betul ker ayat ku...hihihihi) 6.ini la tepong yang sesuai untuk buat kek...

Monday, October 4, 2010

Nasi Hujan Panas - Untuk Jamuan Seterusnya

Assalamualaikum..layan nsi warna wrni plak..lepas gader2 hri khmis tu..hri sbtunya plak turn anak dara dan adik bngsu kita plak jmput kwn msing2 mai umah..jdi tgas kita msk2 la kan..plan asalnya nsi hjang pnas ni kita nk buat msa hri khmis tu..tpi kbtulan Kak Liza nk mkn mkn pcuk ubi..tu yg brtukar jdi mnu kmpung..mcm biasa gengnya ayam msk merah..dalca dging dan acar timun mentah..pastu kita greng bhon jgk dan buat 2 jnis kek..nsi hjang pnas ni rspi dri buku Senangnya Memasak Nasi Chef Hanieliza..sdpppp snguh weiii..2x kna msk nsi..kwn2 anak kita mkn brtmbah..mksih ye kak..kita share rspinya kat sni plak..

Sumber Resipi : Buku Senangnya Memasak Nasi Chef Hanieliza
Bahan-bahan
Bahan A
  • 4 cawan beras bismati
  • 4 cawan air
  • 1/2 cawan susu cair
  • 3 biji tomato (dicincang)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 2 helai daun pandan (disimpul)
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 susu kecil garam - maz tak letak, sbb dah ada kiub ayam
  • sedikit pewarna hijau, kuning dan merah
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 2 sudu besar marjerin

Bahan B ( untuk menumis )

  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 1 inci halia (ditumbuk)
  • 3 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk)

Bahan C ( sebagai hiasan ) - xletak pun..lupee..

  • Bawang goreng
  • Daun bawang (dimayang)

Cara-Cara

1. Panaskan minyak sapi dan marjerin di dalam periuk.

2. Masukkan bahan tumis, serai dan daun pandan. Goreng hingga naik bau.

3. Masukkan air dan garam. Biarkan hingga mendidih.

4. Masukkan susu cair, kiub ayam, buah tomato dan beras. Kemudian kacau sebati.

5. Masak seperti nasi biasa.

6. Apabila nasi hampir kering, letakkan satu warna pada satu tempat yang berlainan.

7. Biarkan hingga nasi masak dan kering. Kemudian gembur-gemburkan supaya warna tadi rata pada keseluruhan nasi.

8. Sebelum dihidangkan, hiaskan dengan taburan bawang goreng dan daun bawang. Siap..Selamat Mencuba..Sedappp...

slain tmbkai..ada jgk tmkai susu ni sbgai dsertnya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...