Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, June 25, 2012

Vanila Panna Cotta With Blackberry

Assalamualaikum...bertemu skali lgi dipagi ini..skli skala timbul la jgk kan..ikut msa dan kelapangan..tpi kira ok la tu dri dpur ni tenggelam terussss..pgi ni layan dsert omptih ni la plak..wpun cntik dipandang..enak dimkn..tpiii xde smbutan..itu la hakikatnya klu buat puding atau pun yg seangkatan dgnnya jenis yg lembik2 mcm ni..sma la jgk klu buat agar2 pun..xde yg minat..last2 sndri la yg kena hbiskan..sbb tu la buat skit bnar..1 cawan susu je..tu pun 2 hri duk lam pti bru hbis..panna cotta ni maz cuma ubah skit rspi honey puding sblum ni..dan buat 1/2 rspi je..

ramekin ni sbnarnya saiz kecik je..ckup2 je dgn scwn susu utk 3 bks ni..

Vanilla Panna Cotta With Blacberry by ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan (3 ramekin kecil)
  • 125ml susu segar
  • 75ml whipping cream
  • 2 sudu besar madu @ gula pasir (boleh tambah atau kurang)
  • 1 sudu besar gelatin
  • 1/2 sudu kecil vanilla
  • secubit garam
  • blackberries secukupnya - atau boleg guna buahan lain
  • 2-3 sudu besar air panas mendidih
Cara

1. Satukan air panas dan gelatin, kacau agar gelatin larut sepenuhnya (maz panaskan dlm microwave selama 5 saat). Ketepikan.

2.Dalam periuk, panaskan susu segar dengan api perlahan sehingga sedikit panas, kemudian masukkan gelatin yang telah larut tadi dan kacau sebati.

3. Masukkan whipping cream, vanilla, garam dan madu (suaikan la nak manis macam mana). Kacau agar semua sebati. Padamkan api.

4. Tuang dalam bekas/ramekin dan biarkan keras dalam petiais sekitar 4-5 jam. Kemudian boleh la dihidang bersama buah blackberi. (utk sos tu masak 5-8 biji buah blackberi bersama 1/4 cawan air dan 1/2 sudu besar gula sambil ditekan2 buah sehingga berbuih dan keluar jus dari buah, kemudian sejukkan dulu agar sos jadi pekat).

buat sos skit..jdi bila msuk mulut tu lgi sdpp rsa panna cotta ni..sbati dgn sos dan manis buah blackberi...

cuaca pnas2 ni memang kena sngat dgn puding sjuk ni..tpi bgi tekak melayu ni..maz lgi suke agar2 merah atau ijau yg tmpat knduri tu dri desert omptih ni..

Monday, June 18, 2012

Kuih Cara Berlauk

Assalamualaikum..kuih yg dah lama terperam..berat bnar rsanya nk buat n3..tpi dipaksa la jgk diri ni..kuih ni buat utk bawa ke rumah seorang kakak msa mesyuarat bulanan kami bln lepass..

Kuih Cara Berlauk by ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1 biji telur
  • garam secukup rasa
  • sedikit pewarna kuning
Inti
  • 1 cawan daging kisar segar
  • 1 labu kecil bawang besar - didadu
  • 1 ulas bawang putih - dicincang
  • 1 sudu besar serbuk kari + sedikit air
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • garam dan gula secukup rasa
  • daun sup dan cili merah secukupnya - dihiris
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara

1. Untuk Inti  - Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga layu, kemudian masukkan serbuk jintan manis dan jintan putih dan kacau sebati. Masukkan serbuk kari dan masak sekejap.
2. Masukkan daging dan bawang besar. Kacau hingga semua bahan sebati. Kemudian masukkan sedikit air. Perasakan secukup rasa dan masak sehingga sedikit kering. Siap dan sejukkan.
3. Untuk Kuih Cara - Masukkan semua bahan dalam pengisar dan kisar hingga sebati.
4. Panaskan acuan kuih cara dan sapukan sedikit minyak (guna api perlahan), kemudian masukkan bancuhan kuih cara, masukkan inti, tabur daun sup dan cili merah. Tutup dengan tudung periuk dan masak selama 2 minit atau sehingga masak (bahagian bawah garing). Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

buat msa ni anak2 msih xminat dgn kuih mcm ni..akan dtg xthu la kan..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...