Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, July 26, 2016

Kari Tomato Bawal Goreng

  Assalamualaikum w.b.t 
'Hasbunallah wa'nik mal wakil' (cukuplah Allah penolong bagi kami), semoga Allah SWT guide us to the straight path, Ameen.
bertemu kembali stelah agak panjang jgk cuti dri mengupdate dapur suam ni..mood karam ke dasar laut terus, nak ucap la jgk selamat hari raya maaf zahir dan batin wpun syawal dh nk hbis..bln puasa langsung xpegang kamera, tpi tetap masak mcm2..maklum la selera berpuasa ni ada je yg terasa nk mkn deh, ni pun lauk yg dh lama duk peram..kejadian hjung bln 4, berderet lgi gambar yg terbengkalai dlm folder tu, biskut raya yg kluar saji julai 1 pun belum update lgi..huhuu, resepi yg kluar bln sblum tu pun ada yg masih belum update, bila la nk hbis ni..tkpe la deh kayuh je pelan2 dulu, sayang jgk dgn gambar2 dlm folder tu klu xupdate..ada stengah tu xingat dh rspinya, nk kena delete..yg mna terus tulis resepi kat draf selamat la, kari ni dh lama masuk kat draf, respi sama je mcm ayam masak tomato ni, cuma maz tukar guna ikan bawal dan goreng dulu ikan tu..pastu yogurt ganti dgn butter milk, memang sedap la kari ala2 india gini..tekak ni dh sebati kut sbb biasa sangat dgn masakan india kat sni, ikan tu klu xnk goreng dlu pun bleh..Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan maaf atas segala yg tidak sempurna..

KARI TOMATO BAWAL GORENG by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan bawal - kerat 2
  • 1 labu bawang besar bombay *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 3cm halia *
  • 2 cm kunyit hidup *
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 2 sudu besar pes tomato
  • 1/4 cawan buttermilk (susu segar+1 sudu kecil jus lemon)
  • 1 kayu manis, 2 bunga lawang, 2 bunga cengkih, 2 biji buah pelaga (rempah 4 sekawan)
  • 1 biji terung
  • 3 biji cili padi
  • garam, gula dan aji jika suka
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara

1. Lumur ikan dengan sedikit garam kunyit, kemudian goreng seperti biasa, tapi jangan garing ye.
2. Tumbuk atau kisar lumat bahan bertanda *, panaskan sedikit minyak dan masukkan rempah 4 sekawan, masukkan bahan tumbuk, tumis biar naik bau, kemudian masukkan serbuk ketumbar.
3. Masukkan pes tomato, tumis sekejap, masukkan sedikit air (dalam 1 cawan ke), terung dan cili padi.
4. Masukkan buttermilk, garam, gula dan sedikit aji jika guna, masak sambil dikacau selalu hingga kuah jadi pekat sikit dan terung lembut.
5. Tuang atas bawal goreng tadi, sedia dihidang bersama nasi putih.

Nota ilhamdapur : buttermilk tu kalau nak ganti dengan santan atau yogurt asli pun boleh.

lauk ringkas yg bleh buat mkn nasi bertambah2..

Wednesday, June 1, 2016

Sambal Kering Kentang & Bilis

Assalamualaikum w.b.t 
'Allahumma innaka afuwwun tuhibul afwa fa'fuanni' (Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampun, maka ampuni lah aku), doa yang Rasulullah saw ajar pada Aisyah ra jika bertemu malam Lailatulqadar..sama2 kita amal baca selalu, semoga Allah SWT forgive us, our parents and accept our doa, Ameen.
lama dh jgk xbuat sambal kering ni, tetiba minggu lepas terasa nk mkn sambal gini..tpi memang sedap deh dgn nasi panas, xde lauk lain pun tkpe..sblum ni versi tempe dgn bilis, bleh tgk kat sini, skrang tempe susah dh nk dpt kat asian store tu, tkpe la dgn kentang pon sedap! aiman dgn babanya meratah ralik2 la plak, sedap..pedas2 manis, Inysaa Allah jumpa lagi dan maaf atas segala kekuranagn yg ada..

SAMBAL KERING KENTANG & BILIS by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 3 biji kentang 
  • 1 mangkuk kecil bilis belah - goreng
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1/2 labu bawang besar *
  • 1/4 cawan cili kisar
  • gula, garam dan aji jika suka
  • minyak untuk menggoreng secukupnya
Cara

1. Cuci kentang dan lap biar kering, kemudian sagat nipis (maz sagat dengan sekali dengan kulit).
2. Tumbuk kasar sikit bahan bertanda *, ketepikan.
3. Panaskan minyak secukupnya, goreng kentang biar garing atau perang dikedua bahagian, angkat dan toskan.
4. Dengan kuali lain, panaskan sedikit minyak untuk menumis (kira padan dengan bahan rencah la ye), masukkan bahan tumbuk dan tumis biar garing sikit.
5. Masukkan cili kisar dan gula, tumis biar cili masak, perasa secukup rasa, garam letak sikit je sebab bilis dah masin, masukkan kentang dan bilis, kacau biar sebati dengan rencah dan kering sikit.

lauk ringkas yg sedap, dh 2x buat..memula layan dgn masak lemak, pastu xckup dimtak buat plak esknya utk mkn dgn nasi lomak plak..kat rmah ni gitu la selalunya, klu mkn xpuas mesti kena ulang buat lgi esk lusa tu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...