Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, May 12, 2016

Ayam Masak Tomato Dengan Buah Zaitun

Assalamualaikum w.b.t 
'Hasbunallah wa'nik mal wakil' (cukuplah Allah penolong bagi kami), semoga Allah SWT guide us to the straight path, Ameen.
rsa mcm kelam kabut plak pagi ni, bnyk keje skit..tpi kira produktif la jgk, cucur badak dh siap 1 bekas dalm peti tu, rendang pun bru msak dlm kuali utk bekpes pgi esk, Inysaa Allah..cma tnggal nk msak utk tghri ni je sat lgi..amik msa la kjap update blog ni dlu, gmbar pun bnyknya yg duk tnggu Q dlm folder tu..kat draf je ada 56! huhuu..ok la cerita lauk ayam ni la plak, sbnarnya ilham lauk ayam ni dri apa yg maz mkn kat luar..kat sni ada mcm2 masakan, ada turkish stail, lebanese, arab dan india pun mcm2 jenis kari yg bleh jumpa..tu xtrmasuk pakistan lagi, ada skli tu kami bekpes dan odar kari ayam dgn chapti, ayamnya dibakar dan dimsak dlm kuah kari..kuahnya merah gini skit, jdi dri stu la maz cuba berexperimen kat rmah plak..Alhamdulillah, sedap la! ada 1 lgi dlm folder tu maz masak ikan bawal goreng plak dgn kuah gini, sedapnya! yg ni saja letak buah zaitun sbb bnyk dlm peti, kwn suami org jordan yg bgi sebtol..dia jeruk sdrik, maz dgn suami suka mkn buah zaitun jeruk ni..buh dlm acar pun sedap, ye la deh..dh duk negara arab, kita guna la apa yg ada..skli skala tukar selera dri lauk yg biasa duk msak, cicah dgn roti pun bleh sbb kuahnya pekat, wpun xmsuk santan..air guna sikit je dan masak biar kuah pekat..selamat berhujung minggu dan maaf atas silap yg ada, Insyaa Allah jumpa lagi..

AYAM MASAK TOMATO DENGAN BUAT ZAITUN by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1kg ayam
  • 1 labu bawang besar bombay, kalau kecik guna 2 *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1/2 inci halia *
  • 3cm kunyit hidup *
  • 1 kayu manis, 3 bunga cengkih, 2 bunga lawang, 3 biji buah pelaga (rempah 4 sekawan)
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 2 sudu besar pes tomato
  • 2 biji cili hijau
  • 1/4 cawan yogurt asli (tanpa perisa)
  • 1 mangkuk kecil buah zaitun jeruk
  • garam, gula dan sedikit aji jika suka
  • minyak untuk menumis
Cara

1. Tumbuk atau kisar lumat bahan bertanda *, panaskan minyak untuk menumis secukupnya.
2. Masukkan rempah 4 sekawan, bahan tumbuk dan tumis biar wangi, bawang masak.
3. Masukkan semua jenis rempah serbuk, tumis biar naik bau, kemudian masukkan pes tomato.
4. Masukkan ayam, masak seketika biar ayam mesra dengan bahan rempah dan keluar airnya.
5 Masukkan air (jangan banyak sangat, nanti kuah jadi cair), garam, gula dan masak hingga mendidih.
6. Masukkan yogurt, masak dengan api sederhana biar lama sikit agar ayam lembut, masukkan buah zaitun, cili hijau dan masak biar kuah jadi pekat.

Nota ilhamdapur : pes tomato yg maz guna untuk masak ayam tu (gambar kat bawah) bukan tomato puri mcm kat Msia, pes tomato kat sini pekat, tak masam, warnanya gelap dan ada rsa manis sikit, pes tomato ni la yang maz duk guna untuk buat sos pizza, mudah dan sedap, jadi kalau guna tomato puri mungkin kena suaikan rasanya, takut nanti jadi masam sangat dengan yogurt lagi, untuk yogurt tu kalau takde stok, boleh guna susu segar+1 sk jus lemon@cuka (buttermilk), kacau biar jadi pekat sikit.

ni pes tomato utk masak ayam tu, pekat dan warna merah gelap..bila masak kuah pon jdi warna merah elok..rsanya xmasam mcm tomato puri..

rsanya seakan kari sbb masuk serbuk ketumbar dan rempah tumis..cuma xmsuk santan dan guna pes tomato, wangi semerbau baunya..bleh dibuat lauk dgn nasi berperisa atau dgn nasi putih jgk, ni maz buat mkn dgn nasi arab sbb anak bongsu suka sngat mkn nasi kat restoran Karami, ada dlm folder tu duk peram dlu nasinya..

4 comments:

  1. Cantiknya resepi... kita simpan jew buah zaitun jeruk, tak tau nak buat apa.... nanti boleh cuba ni. Kebetulan tomato pun banyak! Tq for sharing...

    ReplyDelete
  2. Assalam Maz,
    Lauk Ayam masak tomato ni macam sedap buat cicah dengan roti..
    Or capati...rasa masam tomato & yogurt serta Ada rempah dalamnya...
    Satu kelainan ni...buah zaitun..kat rumah ni rakyat jelata serta permaisuri(akaklah) tak reti makan
    Buah zaitun...lagi yg jeruk tu...beli untuk bubuh dlm pizza..buat cantik aje..hehehe..

    ReplyDelete
  3. sedapnya nampak ayam masak tomato ni. boleh cuba weekend ni..

    ReplyDelete
  4. hihihihi, dah berapa kali kita telan air liur maz

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...