Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Sunday, September 25, 2016

Sambal Udang Petai

 Assalamualaikum w.b.t. 
'La illaha il'lallah wahdahu la sharika lah, lahul mulku wa lahul hamd, wa huwa 'ala kul'li shayin qadeer (tiada Tuhan selain Allah, tiada sekutu bagi Allah, yang memiliki langit dan bumi dan yang berkuasa atas segalanya), zikir selepas solat fardu sunnah Rasulullah saw, baca 10x selepas solat maghrib dan subuh sebaik bagi salam..sama2 kita amalkan semoga Allah swt have mercy on us all, forgive our mountainous sins and strengthen our iman, Ameen.
ni pon menu frozen, kli ni petai frozen..ada beli petai kat asian store 2 bln sudah masa tgh ada stok..lebih suami buat ulam frozen skit, tu yg buat sambal ni, buh pon berapa bijik je..kena jimat, sayang tkut cepat hbis! kat rmah ni memang kerap duk masak sambal gini, klu tak udg..sambal telur rebus atau sambal bilis..kli ni buat versi kupas kulit terus, senang skit org yg nk mkn..InysaaAllah jumpa lagi dan maaf atas kekurangan yg ada..

SAMBAL UDANG PETAI by ilhamdapur.blogspot.co
Bahan-bahan
  • 8-10 ekor udang saiz besar 
  • 1/2 labu bawang besar bombay *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1/2 cawan cili kisar - rebus cili kering, kisar lumat
  • 1 labu bawang besar - hiris nipis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 keping asam gelugur
  • sedikit nisan/gula melaka
  • petai secukupnya
  • garam, gula secukup rasa dan aji jika suka
  • minyak untuk menumis secukupnya
Cara

1. Kupas kulit udang, tinggal ekor saja dan buang urat hitam, toskan.
2. Tumbuk sedikit lumat bahan bertanda *, panaskan minyak untuk menumis secukupnya, masukkan bahan tumbuk dan tumis biar bawang masak.
3. Masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak dengan api sederhana, tambah air 2-3 sudu dan tumis lagi, ulang tambah air ni 2-3x biar cili masak elok, kemudian masukkan bawang hiris.
4. Masukkan asam keping, nisan dan air secukupnya, masak sambil dikacau sekali sekala biar mendidih lama sikit, masukkan sos cili, sos tiram, sedikit garam, aji dan gula secukup rasa.
5. Masukkan udang, petai dan masak dalam 64-5 minit, jangan masak lama sangat nanti udang kecut atau terlebih masak.

ni pon menu ulang tayang yg kerap jgk dh, klu masak sambal gini pasangannya selalu buat lemak putih bayam atau gulai kuning ikan..pastu ayam goreng mesti ada sbb afiq sorang xmkn udang klu buat lauk, dia klu udg goreng celup tepong je bru dia mkn..

Saturday, September 24, 2016

Durian Crepe

 Assalamualaikum w.b.t
'SubhaanAllahi wabihamdihi subhaanAllah hil'azim' (Maha Suci Allah dengan segala puji bagiNya, Maha Suci Allah yang Maha Agung), 2 kalimah yg ringan dilidah, berat ditimbangan Al Mizan (Riwayat Bukhari & Muslim), sama2 kita amal baca selalu sebagai zikir harian..semoga Allah swt make us among those who remember Him much, Ameen.
ni pun gmbar lama, durian crepe ni dkat 5 bln dh jgk duk peram dlm folder..dpt buat ni sbb ada durian yg naik kapal terbang, suami balik msia bln 4 hritu, jdi bawa durian frozen 1 bekas..dpt la ilang rindu, tu yg buat dessert yg kami semua suka ni..klu mkn gitu je kang cepat hbis plak, jdi guna skit2 buat kue..rsanya lepas buat kuih dadar kastard durian ni buat crepe ni plak, maz dgn suami la suka durian..kue dadar tu pon sedap sangat! nk buat plak durian dh hbis..InysaaAllah jumpa lagi dan maaf atas apa yg tidak sempurna..

masih duk guna respi yg satu tu la..sni xde tepung canggih2 klu nk try yg guna 5-7 jenis tepung, resepi ni tepungnya ada kat sni..ni pon puas hati dh, crepenya xtebal dan xterkoyak..sedap la, jazakillahukhairan pada penyumbang resipi..

DURIAN CREPE by ilhamdapur.blogspot.com
Resipi : mytouch-miza.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 20g tepung gandum
  • 20g tepung ubi
  • 10g tepung kastard
  • 10g tepung jagung
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar gula
  • 1 biji telur (A)
  • 40ml susu cair
  • 150ml air
  • sedikit essen vanilla
  • sedikit garam
  • sedikit pewarna - jika perlu
Cara

1. Campurkan semua bahan, gunakan whisk kacau hingga larut, tapiskan dan boleh dadarkan atas kuali non stick, tak perlu oles minyak jika guna kuali non stick, memang tak melekat. Siap dan sejukkan sekejap.
2. Cara melipat - fresh/whipping cream di pukul kaku/kental - isi durian secukup nya - letakkan fresh cream atas kulit, kemudian letak isi durian dan tutup/lapis lagi semula dengan cream, baru lipat dan sejukkan dulu dalam peti baru sedap.

selain dri crepe yg nipis, guna durian yg isi manis dan kuning bru sedap..kat Msia memang mewah dgn durian! ni suami bawa durian udang merah, dia beli 3 biji rm130..rsa murah sangat dh sbb kat sni durian putik pon rm60-70 sbjik, dh 2-3x beli balik peram pon mkn durian keras jgk..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...