Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, May 9, 2016

Kuih Dadar Kastard Durian (Kuih Ketayap)

 Assalamualaikum w.b.t.
'La illaha il'lallah wahdahu la sharika lah Lahul mulku wa lahul hamd, wa huwa 'ala kul'li shayin qadeer (tiada Tuhan selain Allah, tiada sekutu bagi Allah, yang memiliki langit dan bumi dan yang berkuasa atas segalanya), zikir selepas solat fardu sunnah Rasulullah saw, baca 10x selepas solat maghrib dan subuh sebaik bagi salam..sama2 kita amalkan semoga Allah swt have mercy on us all, forgive our mountainous sins and strengthen our iman, Ameen.
bertemu skli lagi, niatnya nk update smlm..tpi badan xberapa sihat, klu bleh nk buat n3 je tiap2 hri..gmbar dlm folder tu ada dkat 50 keping lgi duk tnggu Q, ok la cerita pasal kuih yg teramat sedap ni..memula merasa kuih ni direstoran Akasia kat subang jaya..restoran ni memang ada mcm2 jenis kuih tradisional, mesti rambang mata nk pilih..org pun sentiasa penuh klu wktu pagi, memula tu ingatkan kuih ketayap biasa la..tpi bila mkn lain sngat intinya, maz belek tgk inti dan cuba amati betul2 rsanya, memang sedap la..ada rsa durian dan intinya lembik2 skit, dri stu la cuba buat kuih dadar atau ketayap inti kastard durian ni..msa hjung thun 2013 dh buat skli kuih ni, wktu tu dapur maya ni masih sepi..blum berupdate lgi, sehingga la dtg rsa nk mkn kuih ni sbb duk diet..biasa la bila berdiet ni duk npak mcm2, smua rsa nk mkn..kejdian dkat 2 minggu jgk dh la ni, kebtulan durian frozen pun ada skit yg suami bawa msa blik msia bln 4 hritu..memang guna skit2 je, sayang tkut hbis..buat kuih gini ok la deh! klu mkn gitu je sah dh lama hbis, Inysaa Allah jumpa lagi dan maaf atas apa yg tidak sempurna..

semua dgn izinNya, main masuk je utk kastard tu..Alhamdulillah sempurna hasilnya, xlembik dan xkeras..teramat la sedapnya kuih ni, dgn kastard yg lembut..rsa manis serta bau durian segar, 5 biji pun xckup, semua suka..suami dgn abangngah la yg suka sngat, utk kulitnya tu maz ubah suai skit rspi crepe ni..lembut dan nipis elok, nk buat pun mudah je..

KUIH DADAR KASTARD DURIAN (KUIH KETAYAP) by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
Inti Kastard
  • 240ml susu segar
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu besar tepung kastard
  • 4 sudu besar gula halus @ secukup rasa
  • 1/2 cawan isi durian segar
  • secubit garam
Cara : Sebatikan semua bahan kecuali isi durian, masak sekejap sambil dikacau selalu biar pekat macam susu manis, kemudian masukkan durian dan kacau selalu, guna api kecil dan masak hingga pekat, padamkan api dan terus kacau hingga berkilat, sejukkan sepenuhnya.

Kulit (maz guna kuali 7 inci)
  • 240ml susu segar
  • 125ml air
  • 120g tepung serbaguna
  • 1 biji telur
  • secubit garam
  • sedikit pewarna hijau/pes pandan
Cara

1. Masukkan semua bahan dalam pengisar, kisar sebati.
2. Panaskan kuali non stick, sapu sedikit mentega jika perlu sebelum masukkan adunan dan guna api kecil.
3. Tuang 1 senduk kecil, pegang tangkai kuali dan pusing kuali biar jadi bentuk bulat yang nipis, masak sekejap dalam 1 minit, angkat dan buat sampai habis.
4. Isi inti secukupnya dan gulung kemas.

tgk yg ni terasa mcm nk buat plak, tpi stok duyan pon dh tinggal skit..guna buat durian crepe skit, klu dpt hri2 pun tkpe kue ni..sedap la! 

kat msia dh msuk musim durian deh, klu nk cri kelainan dri kuih dadar biasa..bleh la try dgn inti kastard durian ni, menggoda sungguh kesedapanya..klu nk buat bnyk gandakan sukatan, maz buat saiz kecik2 je ni..tu yg dpt bnyk biji jgk, kuali saiz 7 inci je..

4 comments:

  1. Assalam Maz,
    dah lama tak buat kuih ni..
    akak suka intinya kelapa..kalau durian akak tak makan..
    huhu..sabor ajelah kan makcik ni..tengok crepe Maz tu nipis aje..
    cantik sekata..kalau akak buat entah lah macam mana ada tebal ada tipis agaknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam kak..
      kita pun sma kak, yg inti kelapa tu dh berthun2 xbuat..malas nk kacau inti..ni sbb tringin nk mkn inti kastard durian..tu yg buat..
      Oooo, kak xmkn durian ke..kita plak antu durian..

      Delete
  2. tak pernah lagi rasa inti kastard ni. selalu makan yg kelapa jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal Zura, trima kasih sudi singgah dpur kecik kita ni..kita pun 1st rsa kuih ni yg inti kastard durian kat restoran Akasia di subang jaya..sedapnya..tu yg try buat sdrik..nti bleh la try..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...