Assalamualaikum w.b.t...'La ilaha illa anta Subhanaka inni kuntu minaz zolimin'...(Tiada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan Engkau. Ya Allah Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang membuat zalim)...sama2 kita perbanyakkan istghfar dihari jumaat yg barakah semoga diampunkan segala dosa2...bertemu skli lgi...klu bleh nk update hri2 sbb mkin bnyk la plak yg duk kumpul dlm folder tu...tpi apa nk buat msa xmngizinkan...ni pun badan xberapa sihat...tpi paksa la jgk sbb dah berbln jgk nasi minyak ni...smpai dh ulang mask 2-3x sbb anak2 suke nasi ni...maz jgk amik kesempatan ni nak ucapkan Selamat Hari Guru pada kwn2 blogger yg bergelar guru dan semua para pendidik...jasa guru-guru tetap dikenang...akhir kata semoga jumpa lagi...Insyaa Allah...mohon maaf andai ada kekurangan dimana2...sesungguhnya yg lemah itu dri maz sendiri...jgn lupa surah Al-Kahfi menunggu kita setiap hari jumaat sebagai nur didalam kubur yg gelita...
Bahan-bahan
- 2 cawan beras basmati - cuci dan rendam 10 minit, toskan
- 3-4 ulas bawang merah
- 1 inci halia
- 1/4 cawan minyak sapi
- 1/3 cawan susu cair
- 2 kiub pati ayam knorr/maggie
- 1 helai daun pandan
- 3 sudu besar minyak masak - maz guna sunflower
- 5-6 biji buah pelaga - masuk kemudian
- 3-4 kuntum bunga cengkih - masuk kemudian
- 2 cawan air @ ikut sukatan air beras masing-masing
- sedikit pewarna merah, hijau dan kuning
Cara
1. Tumbuk lumat bawang merah dan halia.
2. Dalam periuk, panaskan minyak sapi (maz guna periuk nasi terus). Kemudian masukkan bahan tumbuk dan tumis hingga naik bau.
3. Masukkan air, kiub pati ayam dan biar sehingga air mendidih. Bila air dah mendidih masukkan susu cair, kacau sebati. Kemudian masukkan beras dan daun pandan.
4. Masak seperti biasa dan bila nasi sedikit kering/hampir masak masukkan buah pelaga, bunga cengkih dan 3 sudu besar minyak. Titikkan juga 3 pewarna atas nasi secara merata. Kemudian tutup periuk dan biar nasi masak sepenuhnya.
5. Bila nasi dah masak, gemburkan nasi dengan garfu agar warna bercampur. Boleh lah dihidang dengan lauk pilihan.
Nota : Maz masukkan buah pelaga dan bunga cengkih kemudian sebab nak bau nasi nati harum.
pasangannya gulai daging dan acar timun mentah...memangg sdpppp...ada stu gerai makcik tu kat masjid SS19 subang jaya memang femes nasi minyak terengganunya dan nasi dagang...makcik ni hnya brniaga hri minggu je...slalunya klu pkul 10 tu dh licinn...ni pun kes tringat nasi minyak makcik tu la...
No comments:
Post a Comment