Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Saturday, March 20, 2010

Cinnamon Roll

kuih ptg smlm...dah lama rasanya xbuat bun ni...xbuat tu sbb tiap kli kluar p mall...klu ada kiosk cinnabon tu...msti beli!!...pling suke bun mininya tu...senang msuk mulut...klu yg biasa tu bsrr!!...sedap kan pkena dgn secwn kopi...wpun yg kita buat ni memang xsetanding yg cinnabon punye...tapi anak2 mkn jgk...tetap sedappp..wangi dgn bau kayu manisnya tu...ni rspi dari Yani boss Myresipi...mcm biasa matk ijin nk c&p ye yani...

kalu sapa2 nk tgk step by step cara nk buat cinnamon roll ni ada kat Myresipi...


Sumber Resipi : Yani (Myresipi)
Bahan utk roti

  • 300g tepung roti
  • 50g butter
  • 1 biji telur
  • 50g gula halus
  • 100ml fresh milk/air suam
  • 8g dry yeast
  • 1 sudu kecil garam

Filling

  • 2-3 sudu kecil cinnamon powder (ikut suka )
  • 60g gula perang
  • 20g butter - suhu bilik

Icing

  • 50g cream cheese - suhu bilik
  • 20g butter - suhu bilik
  • 100g gula aising
  • secubit garam
  • beberapa titik vanilla esen

Cara-cara : - (kita guna Bread Maker)


1.Cara buat roti : Gaulkan butter dengan tepung sehingga jadi macam serbuk roti

2.Kemudian masukkan gula dan dry yeast. Kacau dengan sudu sehingga bergaul rata.

3.Masukkan pula garam, telur dan susu. Uli sehingga tak melekat ditangan atau sehingga licin.

4.Wrap dengan plastik/ kain lembab. Biarkan naik sehingga 1.5 kali ganda. Bila dah naik, buatkan bentuk bulat sekali lagi dan rehatkan selama 10 minit.

5.Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Ambik 1 bahagian dan canaikan lebih kurang 20x25cm. Letakkan bahan-bahan filling.

6.Kemudian gulung. Bahagikan pula kepada 4 bahagian kecil( lebih kurang 4 cm panjang). Ulang untuk doh yang sebahagian lagi.

7.Lapikkan roti dengan muffin cup. Biar naik 1.5 kali ganda lagi. Bakar dengan suhu 180C selama 15 minit.

8.Sementara itu sediakan aisingnya. Masukkan semua bahan-bahan untuk aising ke dalam mangkuk. Pukul sehingga jadi bentuk krim.

9.Bila roti dan masak( ketika masih panas), letaklah aising 1-1/2 sudu besar ke atas setiap roti. Jangan letak terlampau banyak aising. Aising yg banyak boleh menghilangkan kesedapan rasa roti.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...