Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, October 19, 2010

Sambal Udang Petai

Assalamualaikum..ni sbnarnya lauk yg dimsk lama dah..awal mgu lepas rsanya..nk hbiskan petai yg kita bli msa gader2 hri tu lgik..dri jdi rzki alam flora gtuw aje..tu yg kita msk buat smbal udg ni..tpi yg mkn cma kita sorg..buat pun bknnya bnyk..dlm 8-10 ekor udg je..kita mkn nga nsi lemak bli..alah nsi lemak shenggit tu..tpi xhbis jgk..kita pun xgmar sngat msk2 brsmbal ni..last2 jdi rzki alam flora jgk ler 3 ekor..


Sumber Resipi : Ilhamdapur.blogspot

Bahan-bahan

  • 8-10 ekor udang saiz sederhana besar - buang kepala dan toskan
  • 5-6 sudu besar cili kisar - rebus cili kering dan kisar dengan sedikit air
  • 2-3 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1-2 ulas bawang putih *
  • 3 ulas bawang merah *
  • 1 batang serai *
  • 1 labu bawang besar - dihiris
  • 1/2 inci halia muda *
  • 1 inci gula melaka (maz guna gula karek kelantan)
  • sedikit gula dan serbuk pati ayam
  • air dan minyak untuk menumis secukupnya
  • petai secukupnya

Cara-cara

1. Kisar hancur semua bahan yang bertanda * dengan sedikit air.

2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar tadi sehingga wangi. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak dengan api perlahan. Masukkan bawang besar dan gula melaka. Kacau sebati.

3. Tambahkan air dalam 2-3 sudu besar dan tumis lagi sehingga pecah minyak lagi (tujuannya agar cili benar-benar masak).

4. Bila hampir kering, tambahkan air lagi dan kacau sebati. Masukkan sos cili, sos tiram dan perasakan secukupnya dengan sedikit gula dan serbuk pati ayam. Kacau sekata.

5. Masukkan udang dan petai. Balik-balikan sehingga udang masak. Siappp...

2 comments:

  1. salam maz...lamanya kak ima tak jenguk dapur maz ni...hari ni baru terpandang...ada sambal udang petai...wow nampak mengiurkan sekali...

    ReplyDelete
  2. akak pun ada buat gak sambal tumis petai ni..alahai gi jumpa rozie uk ek..rugi tak join.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...