Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, December 20, 2010

Shrimp Fettuccine Alfredo

Assalamualaikum..maap la ye dh lupe jgk bila msk ni..yg pasti msa khbisan gas aritu..jdi kita gna rice cooker je utk msk pasta ni..dri prses rebus pasta hngga la masak smuanya ni guna rice cooker je!! jdi kita buat pasta ni dlu utk anak2 alas prut..smtara tngu baba depa blik bru leh p amik gas..

pasta versi rice cooker..sbnarnya ni bkn pestime kita msk guna priuk nasi..dh biasa cara ni time darurat klu gas habis..rya hri tu nasi impit yg saiz kcik tu pun kita rbus guna pyok nasi ni jgk..

Shirmp Fettuccine Alfredo by ilhamdapur.blogspot.
Bahan-bahan
  • fettuccine pasta secukupnya - direbus dengan sedikit garam dan minyak zaitun sehingga lembut. Angkat, toskan dan gual dengan sedikit minyak zaitun agar tidak meleket (angaran dalam 1 pinggan penuh)
  • 12 ekor udang saiz sederhana
  • 2 ulas bawang putih - dicincang
  • 1/2 cawan whipping cream
  • 1/2 cawan lada benggala hijau yang didadu
  • 1/3 cawan cheedar/mozarella cheese - disagat
  • 4-5 sudu besar extra virgin minyak zaitun
  • sedikit daun oregano
  • sedikit lada hitam - ditumbuk kasar
  • sedikit air rebusan pasta - jika perlu
Cara
1. Udang dibuang kulit, belah belakang buang urat hitamnya, toskan dan gaul dengan sedikit garam dan daun oregano. Ketepikan.
2. Panaskan 4-5 sudu besar extra virgin minyak zaitun. Masukkan udang dan masak sehingga kekuningan dikedua bahagian. Angkat dan ketepikan, buat sampai habis.
3. Dengan kuali yang sama, masukkan sedikit lagi minyak zaitun (dalam 2-3 sudu besar) masukkan bawang putih, masak sehingga bawang garing, kemudian masukkan pasta, kacau balik agar mesra dengan minyak.
4. Kemudian masukkan lada benggala, whipping cream dan serbuk lada hitam. Kacau sebati. Masukkan cheddar/mozarella cheese. Balik-balikkan sehingga cheese cair. Perasakan dengan sedikit garam atau air rebusan pasta (jika perlu).
5. Akhir sekali masukkan udang. Balik-balikan dan taburkan sedikit daun oregano. Sedia untuk dihidangkan.

1 comment:

  1. wah ni pun nampak sedap....sukax3...nak copy resepi juga...hihi memlm datang selongkar dapur akak...tgk mkn semua sedap2 ..ni yg buat lapar ni..hihi..minta izin copy resepi yer kak..tq!..:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...