Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Sunday, November 27, 2011

Gulai Lemak Ikan Tenggiri Dgn Zuchini

Assalamuaikum..mnu2 trtunggak..msk mudah2 je..gulai lemak biasa cma buh zuchini..pastu layan nga smbal blacan..jdi la kann..kat pic tu tlis spruh je..xckup ruang..

Gulai Lemak Ikan Tenggiri Dgn Zuchini by ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

  • 5 keping ikan tenggiri - ikan lain pun boleh
  • 2 biji zuchini - kerat 2 dan belah 4
  • 3 cawan santan
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 1 inci lengkuas*
  • 3 ulas bawang merah*
  • 4 biji cili merah/hijau - kerat 2
  • 1 keping asam keping
  • sedikit garam dan gula

Cara-cara

1.Tumbuk lumat bahan-bahan yang bertanda * ,kemudian dalam periuk masukkan santan, serbuk kari, cili kisar dan bahan yang ditumbuk tadi beserta asam keping dan zuchini. Kacau selalu dengan api perlahan agar santan tidak berketul sehingga mendidih dan zuchni lembut.

2.Perasakan secukup rasa dan masak seketika lagi dalam 5-7 minit sehingga ikan masak. Siap

biasanya duk buh trung atau kcang pnjang..tpi xde stok..syur zchini je yg ada lam pti..asalnya bli zchini tu nk buat stew..tpi smpai ke hri ni xjdi jgk stewnyaa..

3 comments:

  1. salam kak maz.. sedapnyer gulai lemak.. letak serbuk kari jugak ye.. nmpk mcm masak lemak, tp mesti rasa kari kan.. tun suka gulai letak timun ^^

    ReplyDelete
  2. maz~tun..
    wsalam..skli skala layan lauk cm ni memang sdpp kan..ada plak smbal blcan..mkn smpai xhingatt..hehee..

    ReplyDelete
  3. Salam Maal Hijrah Maz,, rindu btul dgn maz dan masakan.. K1 ingat maz dh lupakan terus blog ni.. Alhamdullilah Maz dh kembali..Suker sgtt.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...