Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, March 25, 2014

Nasi Ayam & Penantian MH370...

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
dari Allah kita datang kepada DIA, kita kembali...kepada semua kaum keluarga MH370 semoga redha dgn takdirNya dan sama-samalah kita berdoa semoga insan yang tersayang diampunkan segala dosa dan ditempatkan bersama mereka yang beriman...Aminn... 
 
Assalamualaikum w.b.t..."LA HAULA WALA QUWWATA IL'LA BILLAH"...berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul...semoga diberi kekuatan iman dan hati bagi seluruh ahli keluarga utk menerima takdirNya...Qada dan Qadar Allah sudah tertulis sebagaimana janjiNya...sebagai org islam kita wajib percaya salah stu dri rukun iman ni...mati itu pasti...cuma kita xthu bila dan bagaimana...hari kita pasti akan menyusul jgk...memang berita sedih buat rakyat msia seluruhnya...tpi yg lgi sedih bila smua negara luar duk kutuk msia...kat tv ni cctv...cnn...bbc channel smua duk kritik cara msia tangani isu MH370 ni...terasa trkesan jgk kita sbgai rakyat...brtemu skli lgi dan semoga dipermudahkan urusan harian kita smua hri ini...amiin...pgi ni lewat skit brsiaran...biasalah anak2 cti skolah...pepgi duk tebar roti canai dlu utk bkpes...tpi hri ni jamu mata dgn nasi ayam ni lah dlu ye...skli lgi terima kasih pada yg sudi singgah dpur kecil ni...sesungguhnya maz hanya insan biasa yg xbleh lari dri buat silap...mohon maaf atas segala kekurangan yg ada dan semoga jumpa lagi...insyaa Allah...

hri ni bru update menu panas2 lgi lah kiranya...pic2 lelama bnyk lgi dlm folder tu...tkpe lah bgi laluan nasi ayam yg buat utk mkn tghri 2 hri sudah ni dlu...bkn apa sbb bnyk sngat dh duk update menu lauk pauk...kat umah ni klu nasi ayam ni memang laku...raspi main buat je...ikut apa yg dtg dipkiran...agak2 gituw je ikut rsa nsi ayam mcm org jual tu...biasanya nasi ayam ni bnyk guna halia dan bwang ptih deh...jdi ni memang versi sipel maple je lah...Alhamdulillah atas nikmatNya...kena dgn slera umat dlm rmah ni...

Nasi Ayam Simple by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

Nasi

  • 2 cawan beras - maz guna beras wangi
  • 2 cawan air rebusan ayam+ (air biasa jika perlu, ikut sukatan beras masing-masing)
  • 1 kiub pati ayam
  • 3 sudu besar minyak masak - maz guna sunflower oil, sini xde minyak sawit
  • 1 inci halia *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1-2 cubit serbuk kunyit
  • 2 inci halia - hiris nipis

Ayam

  • 1 ekor ayam - maz guna ayam kecik je 900g
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 inci halia
  • kicap manis secukupnya
  • sedikit sos tiram
  • sedikit gula perang/madu

Kicap

  • 1 cawan air rebusan ayam
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1/2 sudu besar madu
  • sedikit kicap manis
  • 1-2 sudu kecil tepung jagung
  • 1-2 titik minyak bijan

Cili

  • 5 biji cili merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 inci halia

Cara

Sediakan cili dulu. Kisar semua bahan dengan 1 cawan air kecuali sos cili. Masak dengan api perlahan, masukkan sos cili dan perasakan secukup rasa dengan sedikit garam dan gula. Masak biar sedikit pekat dan biar ada rasa manis lebih sikit. Sejukkan
 
Ayam

1. Tumbuk lumat halia dan bawang putih dan ketepikan 2 sudu besar.
 
2. Cuci ayam bersih dan toskan.
 
3. Masak air secukupnya (tenggelam ayam, lebih sikit pun takpe) bersama sedikit garam dalam periuk untuk rebus ayam.
 
4. Lumur ayam dengan bahan tumbuk tadi seluruhnya, masukkan sekali dicelah-celah kulit ayam. Bila air dan mendidih, masukkan ayam dan rebus dengan api sederhana selama 30-35 minit (bergantung pada saiz ayam).
 
5. Bila dan masak, padamkan api dan keluarkan ayam. Simpan air rebusan.
 
6. Ambil 1 sudu besar dan (ketepikan 1 sudu besar lagi tu untuk nasi) bahan tumbuk yang disimpan tadi. Satukan dengan 1-2 sudu besar kicap manis, sedikit gula perang/madu dan sedikit sos tiram,  kacau sebati. Kemudian lumur pada seluruh ayam.
 
7. Masukkan ayam dalam loyang dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan suhu 170 C selama 40-45 minit. Bila dan masak keluarkan dari oven dan tutup dengan aluminium foil (agar ayam tidak kering).
 
8. Sementara ayam dalam oven masak nasi pulak.
 
Nasi
 
1. Cuci beras seperti biasa dan masukkan 3 sudu besar minyak masak dalam periuk (maz tumis dalam periuk nasi terus)
 
2. Masukkan bahan tumbuk yang baki 1 sudu tadi dan masak sekejap. Kemudian masukkan beras dan 2 cawan air rebusan ayam, 1-2 cubit serbuk kunyit, kiub pati ayam, halia hiris dan air secukupnya ikut sukatan beras masing-masing. Masak seperti biasa sambil dikacau sekali dua agar kiub pati ayam tu sebati dengan beras.
 
3. Sementara nasi dan ayam tengah masak, sediakan sup dan kicap.
 
Kicap
 
1. Satukan semua bahan kecuali minyak bijan dan masak dengan api perlahan sekejap, biar sedikit pekat. Padamkan api dan titik 1-2 minyak bijan, kacau sebati. Siap.
 
Sup
 
Panaskan baki air rebusan ayam tadi, perasa dengan sedikit garam jika perlu. Tabur hirisan daun sup dan sedikit bawang goreng bila nak hidang.

xde plan pun nk mask nasi ayam ni asalnya...tpi bila buka pti tgk lauk yg tnggal ada ayam 2 ekor dan udang...duk pkir2 nk masak apa dgn ayam tu...dtg ilham nk buat nasi ayam...kebtulan ada cili merah yg bli mnggu lepas...sni susah nk dpt cili merah tu kat psaraya...kena g cri kat Asian store bru ada...tu pun bkn slalu ada...klu kbetulan hri kargo barang baru smpai bru ada...

4 comments:

  1. Tq Maz sudi jengah blog akak...nampak sedap sungguh nasi ayam tu, rasa nak agap aje...

    ReplyDelete
  2. Assalam Maz,
    wah simple miple pun panjang juga akak tengok..hehhe
    wahh..banyak lagi gambar dalam folder tu ya..tak sabar pulak akak nak tunggu maz update ..heheh

    ReplyDelete
  3. isshh dtg sini tgh2 mlm..krukk krukk jewcperut ne..sdp btl ..:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...