Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, March 11, 2014

Red Velvet Cheese Cake

Assalamualaikum w.b.t...Subhanallah...Subhanallah...Subhanallah...'Hasbunallah Wani’mal-Wakil'...Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung)...semoga kita terus yakin dan tertawakal kepada Yang Maha Berkuasa...brtemu skli lagi...cuaca kat luar pagi ni pun baik...skli skala bunyi helikopter duk meronda...dh jdi aktvti biasa polis kat sni slepas brlaku protes dlu...wpun MH370 masih takde sebarang petunjuk jelas...kita jgn brputus asa utk terus berdoa...apa kbar semua semoga kita semua dan anak2 kapal yg beragama islam sentiasa dalam rahmatNya..amiin...pgi ni amik msa skjap nk update kek merah pink ni sesambil duk tnggu kain dlm mesin tu siap...anak2 pun kjap lgi blik la...skolah hbis pkul 11 sbb examkan...ni kli ke 2 la buat kek ni...Alhamdulillah smua dgn izinNya jgk trciptanya kek yg dh jdi kgemaran aiman dan suami ni...tpi mcm biasa lah rmah ni klu kek2 ni skli buat ciput je...kira skli mkn terus hbis...mls nk simpan2 dlm pti...akhir kata mohon maaf atas segala kekurangan dan padaNya juga dimohon keampuan sesungguhnya yg baik itu dariNya...semoga jumpa lagi...insyaa Allah...

Red Velvet Cheese Cake by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan (loyang 7@8 in)

Lapisan Kek

  • 1 cawan all purpose flour
  • 1/2 sudu kecil soda baikarbonat
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1/2 cawan minyak masak - maz guna sunflower
  • 1 biji telur
  • 1/2 yogurt asli
  • 2 sudu besar susu segar
  • 1 sudu kecil essen vanilla
  • 1/2 sudu kecil cuka makan
  • 1-2 titik coklat emulco (tak perlu banyak sebab dah masuk kopi)
  • 1/2 sudu besar pewarna merah
  • 1/4 cawan air kopi panas kosong

Lapisan Cheese

  • 200g cream cheese - suhu bilik
  • 100ml whip cream
  • 1/4 cawan gula halus
  • 50ml susu segar
  • 1 sudu besar halal gelatin (larutkan dlm 2 sudu besar air mendidih) - maz masuk dlm microwave je
  • 1 sudu kecil lemon jus
  • sedikit pewarna merah - maz panaskan 3-4 biji buah rasberi pastu lenyek utk lapisan pink

Cara

1. Panaskan oven 170 C.

2. Sediakan loyang lose/spring foam utk cheesecake yang telah dilapik dengan kertas minyak dan sapu butter keliling loyang.
 
3. Satukan semua bahan kering dan kacau sebati.
 
4. Dalam mangkuk besar sebatikan gula dan minyak, kemudian masukkan telur, yogurt, vanilla,susu dan pewarna merah. Putar sebati
 
5. Masukkan air kopi, coklat emulco dan cuka, sebatikan. Masukkan bahan kering sikit-skit sambil diputar sehingga sebati dalam 1 minit (jangan terlebih putar ye). Masa ni kalau rasa perlu tambah pewarna merah atau coklat emulco boleh aje tambah mana yang kurang.
 
5. Tuang dalam loyang dan bakar selama 25-30 minit (kalau tak pasti cucuk tengah kek dengan lidi, kalau dah tak lekat kek pada lidi maknanya kek dah masak).
 
6 Sementara tunggu kek masak sediakan lapisan cheesenya.

Cara

1. Putar whip cream dengan lemon jus hingga sedikit kental. Ketepikan
 
2. Putar cream cheese dengan gula, kemudian masukkan susu segar.
 
3. Masukkan gelatin yang telah dilarut sepenuhnya dan kacau sebati (guna spatula je). Kemudian masukkan whip cream tadi dan sebatikan.
 
4. Bahagi kepada 2 bahagian dan satu warnakan dengan sedikit pewarna merah. Masa ni kalau kek belum masak, simpan dulu lapisan cheese ni dlm peti sbb suhu msia agar panas, takut cepat cair.
 
4. Bila kek dah masak, terus keluarkan dari oven dan terbalikkan kek dan masukkan semula dalam loyang dengan cara terbalikkan kek agar yang bawah duk atas (supaya bila tuang cheese nati lapisan jadi sama rata).
 
5. Tuang lapisan putih dan ratakan, kemudian tuang lapisan pink sikit-sikit dengan perlahan-lahan dan ratakan. Tutup muka loyang (maz guna pingan je) dan simpan dalam peti selama 4-5 jam. Siap dan boleh la dihias ikut citarasa.

dh 4x rsanya buat kek mcm ni...2x lgi tu versi coklat...anak2 suka la plak klu buat base guna kek mcm ni...klu gna base biskut tu duk tnggal dlm pinggan...sapu amik mkn kek je...cheese cake yg keras dlm peti...xpyah msuk oven...tpi lapisan bwah tu kena bakar la kan...smooth je mcm aiskrim...memang klu cheese cake laku la kat umah ni...klu butter2 kek atau yg jenis plain je kurang skit smbutan...saja cri kelainan skit utk red velvet...sblum ni pun ada buat versi lorek2 tu mcm yg kat sini...lapisan cheese tu ubah skit rspi oreo cheese cake... yg prnah buat dlu...

2 comments:

  1. Assalamualaikum maz mgancam sungguh red valvet ni..Dah lama gak Uj x membaking......teruja tguk RV maz ni...

    ReplyDelete
  2. Wsalam umie...dh jdi pebret anak n suami...yg lapisan cheese tu ala2 aiskrim skit rsanya...jazakillahukhairan sdi singah ye...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...