Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, April 29, 2014

Creamy Mushroom Soup & Garlic Bread

Assalamualaikumw.b.t...Astaghfirullahal'adzim...Astaghfirullahal'adzim...Astaghfirullahal'adzim...Baginda Rasulullah saw bersabda, "Barang siapa yang sentiasa beristighfar nescaya Allah akan menjadikan baginya kelapangan dari segala kegundahan yang menderanya, jalan keluar dari segala kesempitan yang dihadapinya dan Allah memberi rezeki dari arah yang tidak ia sangka..HR. Abu Dawud"...sebagai hamba yg penuh dgn kekurangan sama2 kita perbanyakkan istighfar dan memohon keampunan dariNya...ingatan utk diri sendiri yg sentiasa lalai...brtemu skli lgi...cuaca kat luar pun cerah je pagi ni...sup ni pun sbhgian dri gambar2 yg agak lama jgk dlm folder tu...dh bnyk kli buat buat sup ni sbb semua suka...kat rmah ni gaya mknnya memang mcm tu...kena ulang dulu 3-4x hingga dh rsa jemu...pastu bru stop...lgi pun senang sngat nk buat kan...tu yg tukang masak ni lagi sukeee...akhir kata mohon maaf atas segala kekurangan yg dtg dri maz dan semoga jumpa lagi...Insyaa Allah...
 
Creamy Mushroom Soup by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan (resipi anggaran)

  • 5-6 biji cendawan butang putih saiz besar, kalau yang jenis kecik tu lebihkan lagi - dibelah 4
  • 1 1/2 cawan air
  • 1/2 labu kecil bawang besar - dibelah 3
  • 1 kiub pati ayam knorr/Maggie
  • 1/3 cawan whipping cream
  • 1 sudu besar tepung gandum - bancuh dengan 2 sudu besar air

Cara

1. Dalam periuk masukkan semua bahan kecuali whipping cream dan tepung gandum. Masak sehingga mendidih. Padamkan api.
 
2. Sendukkan semua bahan tadi dan masukkan dalam pengisar dan kisar dengan sedikit air rebusan hingga lumat.
 
3. Dengan periuk yang ada baki air rebusan tadi, masukkan bahan yang dikisar dan tepung gandum. Kacau sebati dan panaskan semula dengan api kecil. Masukkan whipping cream dan kacau selalu. Perasakan secukup rasa (kalau kurang rasa boleh tambah kiub pati sikit lagi atau tepung jika kurang pekat). Padamkan api.
 
4. Sedia untuk dihidangkan dengan roti bawang putih (garlic bread) - utk garlic bread tu maz guna bun hot dog, sedappp...ala2 mcm yg pizza hut gituw. Sapu mentega sikit pada bun dan masukkan dalam oven, letak rak paling atas bagi cepat perang, lepas dah keluar oven, sejuk sekejap bagi permukaan tu keras sikit, lepas tu ambil seulas bawang putih dan gesek/sapukan pada permukaan roti tadi.

menu yg cepat dimsak sedapp dimakan...slalunya sup ni buat utk alas perut sbgai gnti diner sbb mlm xde nasi...memangg sedappp...terasa cendawan dan creamy...klu yg beli tu pekat dgn tepung gandum je kan...

5 comments:

  1. alahai maz.. terus lapar perut akk tgok roti n mushroom sup ni..

    ReplyDelete
  2. sedap sedap sedap..akak suka ni..kalau pergi makan kat swensens
    memang suka order ni..appertiser gitu..

    ReplyDelete
  3. salam maz cayanggg..daapnyer..dah lama tak pekena mushroom soup..terliur lak akak!

    ReplyDelete
  4. Salam kak maz.. sedapp!! tun mmg selalu buat sendiri juga mushroom soup nih.. kalau yg beli tu, terasa sgt MSG dia.

    ReplyDelete
  5. ~dear friends...

    terima kasih atas kunjungan sahabat semua....sup ni semua suka kan...cepat dimasak..sedappp dimakann...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...