Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, July 14, 2014

Tepung Bokor Ubi Kayu - Kuih Tradisional Kelantan

Assalamualaikum w.b.t..."Allah hummainnaka afuwwun karimun tuhibbu afwa fa'fu anni"...ertinya..Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampun, maka ampunilah aku...cpatnya msa beredar...dh separuh Ramadhan berlalu...ramai dh kwn2 yg dh start buat biskut raya ye...tuan dapur ni xthu la bila nk mula...maklum la raya diperantaun ni mood tu xberapa nk ada sngat...pgi ni nk update kuih yg buat ptg kelmarin...kira masih panas2 lgi la ni...kuih ni namanya lain skit...tpi bnyk kuih2 tradisional kelate yg namanya unik gitu...kat tempat lain xthu la ada ke tak kuih tepung bokor ni...kuih ni ada 2 jenis...1 lgi tepung bokor beras, lapisan bawah warna coklat...akhir kata semoga jumpa lagi...Insyaa Allah dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada...manusia penuh dgn kelemehan dan carilah kekurangan itu dlm diri sendiri...

Tepung Bokor Ubi Kayu by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

Lapisan Bawah
  • 1/2kg ubi kayu - buang urat tengah dan potong saiz kecil
  • 3/4 cawan air - untuk kisar ubi
  • 1/2 cawan + 2 sudu besar gula halus
  • 120ml santan cair
  • secubit garam
  • pes pandan/pewarna hijau
  • 1-2 titik pewarna kuning

Cara

1. Didihkan air dalam pengukus.
2. Kisar ubi kayu dengan air hingga lumat.
3. Sebatikan semua bahan dan masukkan dalam bekas yang sesuai (maz kukus terus dalam cawan tu) atau boleh kukus dalam loyang, sapu minyak sikit dulu pada loyang.
4. Kukus selama 30-35 minit (bungkus penutup pengukus dengan tuala/kain. Bila masak sejukkan dulu sebelum tuang lapisan santan/atas.
5. Sementara kukus lapisan hijau tu sediakan lapisan santan pulak.

Lapisan Atas/Santan
  • 2 cawan santan
  • 3 sudu besar tepung beras
  • 1 helai daun pandan
  • garam secukup rasa

Cara

1. Sebatikan semua bahan dan garam secukup rasa, biar ada rasa masin lebih skit dan masak dengan api perlahan sambil dikacau selalu hingga mendidih dan pekat. Sejukkan dulu.
2. Bila lapisan hijau tadi dah sejuk sikit tuang atasnya dan sejukkan sepenuhnya sebelum hidang (maz buat tengahari untuk makan waktu berbuka).
3. Kalau kukus dalam loyang lapisan hijau tu, senduk atau potong bila dah sejuk betul dan tuang lapisan santan bila nak hidang.

lapisan atas tu santan lembut...zaman budak2 dulu ubi kayu ni memang banyk tepi2 rumah...jdi kuih ni la yg slalu bonda buat sbb mudah dan xguna bahan2 yg susah nk dpt dikampung...memang pabret spanjang masa...sedappp...kat klate kuih ni org jual bungkus dlm daun pisang...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...