Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Friday, November 7, 2014

Beef Moosaka

Assalamualaikum w.b.t...'Subhaanallah wabihamdihi subhaanallah hil'azim'...bertemu sekali lgi dipagi jumaat yg barakah...cuaca kat luar pun nyaman sangat 21 C...plannya klu bleh mlm tdi pun nk update jgk...makin bnyk gambar yg duk simpan dlm folder tu...tpi lepas isyak kluar prgi muharraq...blik dah xlarat nk on pc...pestime mkn moosakan ni kat restoran mohamad bukhari...memang sedapp...maz dgn suami memang suka klu jenis yg cicah dgn roti gini...klu prgi restoran tu mesti order moosaka ni...daging kisar yg dicampur dgn terung goreng dan ubi kentang...nk buat pun mudah sangat...biasa la tukang masak ni klu dah merasa tu mesti nk try buat sdrik plak...ni maz agak2 je la dri rasa yg duk mkn tu...wpun xsama 100% dgn yg kedai punya...tpi bleh la kan utk mkns drik tu...juri kat rumah ni pun ckp jadi dah...Inysaa Allah semoga bersama lagi dan dgn rendah hati maz mohon maaf atas segala kekurangan yg ada...

Beef  Moosaka by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 cawan daging kisar segar @ boleh juga guna isi ayam
  • 2-3 biji terung - hiris nipis
  • 1-2 biji ubi kentang - hiris nipis
  • 1 labu kecil bawang besar - dadu kecil
  • 2-3 sudu besar pes tomato - seperti dalam gambar
  • 1/2 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 2-3 sudu besar extra virgin minyak zaitun
  • garam dan gula secukup rasa
Cara

1. Panaskan minyak secukupnya, masukkan beberapa hiris terung dan goreng hingga perang dikedua bahangian. Angkat dan ketepikan, buat sampai habis.
2. Kemudian masukkan ubi kentang, goreng hingga perang atau garing dikedua bahagian. Angakt dan satukan dengan terung tadi, buat sampai habis.
3. Keluarkan semua minyak goreng tadi, masukkan minyak zaitun. Masukkan bawang besar dan masak biar layu. Masukkan semua jenis rempah, kacau sebati.
4. Masukkan daging kisar, kacau selalu dan masak hingga daging keluarkan airnya. Masukkan pes tomato, kacau sebati.
4. Masukkan sedikit air dan masak hingga daging lembut. Kemudian masukkan terung dan ubi goreng tadi, kacau sebati dan perasa secukup rasa. Masak biar sedikit kering.
5. Boleh lah dihidang bersama khubus (flat bread/lebanese bread).

gaya makan orang arab ni memang berkhasiat...pastu mudah dan simple je...xpayah nk perah kelapa bagai...menumbuk berdentum2 kat dpur...stu lagi org arab ni xmkn sembarangan mcm kita...sayuran mereka xde jenis daun atau pucuk2 mcm kita yg boleh buat angina satu badan...minyak zaitun xtinggal...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...