Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Saturday, November 22, 2014

Mushroom Soup

Assalamualaikum w.b.t..bertemu sekali lgi..masih dlm misi utk cuba update pic lama...kerap sangat duk buat mushroom soup ni...2 beradik tu sukaa sngat...tu pun dlm pti dah beli 3 paket cendawan...klu lama skit xbuat...ada la yg bersuara...ni pun lama sangat dah kena peram...kepala pun blur je ni xde idea sangat...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan...

Mushroom Soup by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 130g cendawan butang
  • 60g bawang besar bombay (purple)
  • 250ml air
  • 130ml susu segar
  • 1/2 kiub pati ayam
  • 1/2 sudu besar tepung gandum - bancuh dengan sedikit air
  • secubit garam - jika perlu
Cara

1. Dalam periuk masukkan air, cendawan, bawang dan kiub pati, masak hingga mendidih.
2. Masukkan dalam pengisar dan kisar hancur.
3. Masukkan balik dalam periuk, masuk semua bahan lain, kacau sebati dan masak sekejap atas api perlahan sambil dikacau. Perasa secukup rasa jika perlu tambah sedikit garam.
4. Sedia untuk dihidang bersama roti bawang putih (sapu sedikit mentega pada roti dan masukkan dalam oven hingga perang, atau boleh guna pembakar roti kalau guna roti keping biasa. Kemudian biar sejuk sikit dan sapu roti dengan bawang putih, tabur sedikit daun basil atau oregano jika suka)

bukan budak je yg suka klu sup cendawan ni deh...kita yg tua pun bleh hbis smngkuk...sblum ni rspi guna whip cream...ni yg  susu segar je...rasanya tetap sedapp...pekat rasa cendawannya...

2 comments:

  1. assalam maz
    anak2 akak suka ni
    cicah ngan roti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam kak...memang budak2 suka sngat kan sup ni..buat sdri ni lgi jimat kak..lgi sedapp...fresh dri yg piza hut tu..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...