Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, January 22, 2015

Clone Cinnabon Lagi..(Pecanbon)

Assalamualaikum w.b.t..'Subhaanallah wabihamdihi subhaanallah hil'azim'..apa kbar semua...mcm free je plak pgi ni...tpi dging utk tghri nti dh duk dlm sink tu...skjap je smgu deh...Inysaa Allah esk jmpa wken skli lgi...bleh la tukang masak ni cuci mata smbil amik angin...yg pling sukanya dpt g pasar...betul! jgn tak prcaya ye...maz memang sukaaa sngat g pasar manama...suka tgk apa yg ada kat pasar...tmbah loni musim sejuk...buah stberi murah2...sbnarnya xthu berapa kli dh buat cinnabon ni...ni pun yg buat bln 11 thun lepas lgik...biasa la klu kena peram dlu tu dok...memang kena layan dgn secawan teh sbgai alas perut mlm dicuaca dingin ni...buat utk minum ptg atau srpan pun bleh...sblum ni dah updated skli yg buat msa kat msia dlu...andainya ada yg dpt dimanafaat bersama...maz doakan smoga mendpt hasil yg memuaskan selera dan mohon maaf atas segala kekurangan...Inysaa Allah semoga ketemu lgi...

sblum dimake up secukupnya...time nk mkn tu suka tabur pecan bnyk2 kerana rsanya lemak dan rangup...tujuan bakar dlm caserrole ni agar coklat sirap tu tak hangus dan mudah nk kluarkan...ni pic yg buat awal thun hritu...smua sukaa...mudah sngat pun nk buat sbb skjap je ulinya dan maz letak dlm microwave utk kembangkan doh tu...dlm msa 1 jam dh bleh mkn...npak je mcm pnjang brjela cara2nya tu...tpi sbnarnya mudah je...

Clone Cinnabon (Pecanbon) by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
Bun
  • 1 1/2 cawan allpurpose flour
  • 110ml air suam
  • 50ml susu segar
  • 1 sudu kecil yis kering (mauripan dll)
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar mentega tanpa garam - cair
  • 2-3 sudu besar nuttela jam @ coklat sirap + 5-6 sudu besar susu segar, sebatikan biar cair
  • mentega tanpa garam secukupnya - suhu bilik
  • gula perang secukupnya
  • serbuk kayu manis secukupnya
  • kacang pecan secukupnya - panggang sekejap dan cincang kasar
Cara

1. Dalam bekas satukan air, yis dan gula, biar sekejap dalam 1 minit.
2. Masukkan susu segar, mentega cair, garam dan tepung sambil dikacau dengan garfu buat pusingan jam hingga doh melekat pada garfu.
3. Kemudian uli dengan tangan biar jadi doh yang lembut (uli dalam 5-7 minit).
4. Tutup bekas dengan tuala atau plastik dan rehatkan biar naik sekali ganda (dalam 30-35). Untuk proses ni maz letak dalam microwave, on plug dan buka sedikit pintu microwave untuk dapatkan haba panas dari lambu microwave, BUKAN on microwave ye...
5. Tumbuk sikit doh, tabur sikit tepung atas tempat nak canai, kemudian canai nipis buat bentuk 4 segi.
6. Sapu mentega pada seluruh doh yang dicanai tapi, kemudian tabur gula perang secukupnya dan ayak pulak serbuk kayu manis atasnya biar tebal sikit.
7. Gulung kemas dan potong saiz 2 inci (lebih kurang).
8. Dalam bekas yang tahan panas/casserole sapu sedikit mentega, kemudian tuang coklat sirap tadi biar rata pada dasar/bawah saja, bukan keliling.
9. Susun bun dengan jarakkan dalam 1 inci, sembur sedikit air pada permukaan bun dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan dulu 10 minit dengan suhu 170 C selama 25-30 minit atau hingga ada sedikit perang atasnya.
10. Keluarkan dari oven, terus tuang cream cheese biar sekata atasnya.
11. Sedia untuk dihidang masa panas, tuang sedikit karamel sos dan taburkan dengan kacang pecan.

Karamel Sos
  • 1 sudu besar mentega tanpa garam
  • 1/4 cawan gula perang (maz guna dark soft brown sugar)
  • 6 sudu besar whipping cream
  • 4 sudu besar susu segar
  • secubit garam
Cara : Satukan mentega, garam dan gula perang, masak atas api sederhana hingga gula cair dan berbuih sikit, kemudian terus masukkan whip ceram dan susu segar. Kacau sebati dan sejukkan dulu, kalau rasa pekat sangat boleh tambah susu segar atau whip cream sikit lagi.

Cream Cheese
  • 100g cream cheese - suhu bilik
  • 2 sudu besar gula halus
  • 2-3 sudu besar whipping cream @ susu segar
  • 1 sudu besar mentega tanpa garam - cair (kalau tak letak pun takpe)
  • secubit garam
Cara : Satukan semua bahan dan kacau biar sebati, kalau rasa pekat tambah je sikit lagi whip cream/susu segar.

Nota Ilhamdapur : kalau guna mentega biasa, suaikan sukatan garam tu ye, kat sini nak cari mentega biasa susah sangat, semuanya jenis unsalted..

teksturenya lembut je wpun dah semalaman dan bleh panas blik dlm microwave...klu abangngah dgn kak long tgk ni sure mtak sruh buat lgik...puas hti sngat dpt buat sdrik ni...sronok bila tgk anak mkn bersungguh2...Alhamdulillah smua dgn izinNya...

4 comments:

  1. nyummyy.... mesti masa bakar harum semerbak bau nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang btul tu Tun...serbak bau kayu mnis...godaan sunguh baunya...

      Delete
  2. Sedapnye maz...kat rmh ni pun ramai peminat cinnamon roll ni. Penah buat tp tk berapa mjadi. Nk try resepi ni lak...bole guna breadmaker tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat sdrik ni memang jimat la kan kak...bleh je gna bread maker...tpi adunan ni skit bnar kak...klu uli dgn tngan pun xrsa penat...skjap je uli nya pun...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...