Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, February 16, 2015

Lasagna

Assalamualaikum w.b.t..'La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin'..bertemu kali lagi...layan lagsana la plak deh...klu pasta2 tu memang kerap sangat dh...sblum ni pun ada jgk duk buat lagsana...cuma xsempat nk posing...kluar oven je terus atas meja dah...ye la klu sejuk xsedap plak kan...ni pun snap yg dlm pingan abangngah nk mkn...memang dpt sambutan la klu menu italian gini...abangnah dgn afiq suka sangat...babanya pun sma...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf andai ada kekurangan dimana-mana...

menu2 mcm ni biasanya buat sebelah mlm sebab mlm xde nasi...inti daging tu bleh buat awal...sos putih tu 5 minit bleh siap...pastu cuma rebus lagsana je skjap...stok cheese memang sentiasa ada...

Bahan-bahan
  • 1 tin (400g) whole peeled tomato - ada jual kat pasaraya
  • 1 labu besar bawang besar bombay - dadu
  • 1 cawan daging kisar segar
  • 1-2 kiub pati daging/ayam
  • 1 helai daun bay
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu kecil daun basil kering @ italian herbs
  • mozarella cheese secukupnya
  • sedikit gula dan garam jika perlu
  • 2-3 sudu besar extra virgin minyak zaitun
  • 6-7 kepingan lagsana - rebus biar lembut sikit dengan sedikit garam dan minyak sayur/minyak zaitun
Cara
1. Panaskan minyak zaitun, masukkan bawang dan masak sekejap, kemudian masukkan daun bay dan daging. Masak biar daging masak sekata dan keluarkan airnya.
2. Masukkan tomato tin, tekan-tekan dengan senduk biar hancur, masukkan kiub pati ayam, sedikit air dan masak dengan api sederhana sambil dikacau sekali sekala.
3. Masukkan lada hitam dan daun basil, perasa secukup rasa dengan sedikit garam dan gula, masak sampai sos jadi sedikit pekat dan daging lembut. Padamkan api.

Sos Putih
  • 1 sudu besar mentega
  • 1-2 sudu besar allpurpose flour @ tepung gandum
  • 1 cawan susu segar
  • kiub pati daging secukup rasa @ serbuk pati ayam
Cara
1. Dalam periuk cairkan mentega dengan api perlahan kemudian masukkan tepung dan kacau cepat-cepat agar tidak berketul dan jadi sedikit berbuih. Kemudian masukkan susu segar, sebatikan.
2. Masukkan sedikit kiub pati dan perasa secukup rasa, masak biar sos pekat. Ketepikan

Untuk Lasagna

1. Sapukan sedikit mentega pada casserole/bekas tahan panas, letakkan sekeping lagsana dan ratakan sos daging atasnya, kemudian letak pula sos putih.
2. Letak sekeping lagi lagsana, ratakan sos daging dan tabur mozarella cheese secukupnya. Kemudian letak 1 lapis lagi lagsana, ratakan sos daging dan tuang pula sos pula.
3. Ulang cara lapis ni 3-4x dan lapisan akhir sekali letak lagsana, sos putih dan atasnya mozarella cheese secukupnya.
4. Tabur sedikit daun basil, tutup dengan aluminium foil (tutup tu jangan rapat dengan cheese, nanti melekat, guna casserole/bekas yang tinggi sikit) dan bakar dalam oven 170C yang telah dipanaskan selama 10-12 minit, kemudian buka aluminium foil dan bakar lagi selama 8-10 minit atau sehingga cheese sedikit perang. 

komen dri juri kat rumah ni, sedappnya mummy...sedapp dri yg beli...Alhamdulillah atas segala rahmat dan nikmatNya...dpt msak utk anak2 dan suami...

6 comments:

  1. lasagna..yana suka sgt..yummyy..teliurnya tgk cheese yg byk tu ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yana peminat lasagna ke...tpi memang sdpp deh klu dpt yg cheese tgk meleleh tu...ank2 kmaz la suka sngat klu italian food ni...

      Delete
  2. Sy suka giler lasagna ni.. lemak pun lemaklahhh.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. SK pun sma ye...peminat lasagna...tkpe lemak sedappp SK...hihii...

      Delete
  3. Sedapnyerrrrr... lama dh xmkn.. last mkn sblm bersalin wat hilang kempunan.. hihi.. harith pon dh dekat 6bulan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama dh jgk tu Tun...bleh la berlasagna plak...bleh baby rsa skli...Alhamdulillah kna dgn slera ank2...sedapp sngat kata 2 beradik tu...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...