Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Saturday, March 14, 2015

Nasi Ayam Penyet

Assalamualaikum w.b.t..'La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin'..masih dgn gambar lama...kejadian bln 1 lgi ni...adoiii! semua asik duk peram je ni...kekadang tu ada jgk rasa malas dah nk update klu yg dh lama ni...tpi bila dipikir senang nk buat rujukan akan dtg..tu yg n3 jgk la wpun dh lama basi...tu pun bnyk lgi menu nasi yg duk tnggu Q...kek pun sma...klu blum ada idea nk msak apa utk hri ni...bleh la cuba set ayam penyek yg mudah ni...Inysaa Allah semoga ketemu lagi...semoga ada yg dpt dimanafaat bersama dan mohon maaf atas segala khilaf...

memang puas hati dpt buat sdrik ni...tgk yg ni rsa mcm nk buat plak...tpi tempe xde stok...rmah baru ni jauh dah la dri asian store...klu rmah lama dlu dkat bnar...meratah pun sedapp ayamnya...

Nasi Ayam Penyet by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1kg ayam - kerat 4
  • 8-10 ulas bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia *
  • 1 sudu kecil jintan manis (fennel) *
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 2 helai daun bay
  • sedikit garam
  • 1 sudu besar allpurpose flour
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 1/4 sudu kecil baking powder
  • 3-4 sudu besar air rebusan ayam
Cara

1. Cuci ayam bersih-bersih dan toskan.
2. Tumbuk biar lumat bahan bertanda *, kemudian sebatikan dengan serbuk ketumbar.
3. Simpan sikit dalam 2-3 cubit bahan rempah ni, yang selebihnya lumur pada ayam seluruhnya termasuk dicelah-celah kulit. Kalau nak perap dulu 3-4 jam pun boleh sebelum direbus, lagi terasa bahan rempahnya.
4. Didihkan air secukupnya (sekadar cukup untuk tenggelamkan ayam) bersama sedikit garam dan daun bay, kemudian masukkan ayam dan rebus selama 30-35 minit.
5. Bila dan masak angkat dan toskan ayam biar sejat air, simpan air rebusan ayam untuk buat sup.
6. Dalam mangkuk sebatikan 2 jenis tepung, baking powder dan bahan tumbuk yang disimpan tadi serta sedikit air rebusan ayam (dlm 3-4 sudu), bancuh untuk buat habuknya. Bancuhan ni macam adunan goreng pisang gitu, jangan cair atau pekat sangat.
7. Panaskan minyak secukupnya, goreng ayam seperti biasa hingga garing/masak sampai habis. Tekan sikit ayam dengan pisau besar dan potong.
8. Dengan minyak yang sama, celup hujung jari dalam bancuhan tepung tadi, renjiskan dalam minyak nak buat habuk, kacau dan goreng biar garing, angkat dan toskan, buat sampai habis.
9. Tabur habuk tadi atas ayam dan hidang bersama nasi putih, sambal tomato, tempe goreng, sayur kacang panjang/timun/kobis atau terung celur  dan sup rebusan ayam tadi.

Nota ilhamdapur : guna ayam saiz kecik agar cukup dengan bahan rempah dan bila goreng ayam cepat masak dan garing. Kat sini ayam kecik molek je, paling besar 1.3kg je..makan pun sedap ayam kecik gini.

Sambal Tomato
  • 1 gengam ikan bilis tanpa kepala
  • 2 biji tomato - hiris nipis
  • 1 labu bawang besar bombay - hiris nipis
  • 2 ulas bawang puith - hiris
  • 4-5 biji cili merah - potong
  • 3-4 biji cili padi - potong
  • 2 inci belacan
  • sedikit gula dan aji jika suka
  • sedikit minyak untuk mengoreng
Cara

1. Panaskan minyak, goreng ikan bilis biar sedikit garing, angkat dan ketepikan.
2.Goreng pula 2 jenis cili biar sedikit lembut, angkat dan ketepikan. Kemudian goreng belacan, bawang dan akhir sekali buah tomato.
3. Tumbuk ikan bilis dulu biar lumat sikit, masukkan cili pula, kemudian bawang, belacan dan tomato.
4. Tumbuk biar kasar sikit dan perasa secukup rasa.

mcm biasa la klu nasi jenis 1 lauk gini memang laku...suami dan anak pun ckp sedapp sangat...dgn habuk ayamnya yg krup krap...Alhamdulillah semua dgn izinNya...nak buat pun mudah sangat...

1 comment:

  1. Sedapppp..... tun ngan husben mmg sukaaa nasi ayam penyet.. rempah2 perap tu mmg sedap sgt. pastu sambal belacan perlu lebihh.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...