Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Wednesday, November 4, 2015

Ayam Bakar Sos Merah

Assalamualaikum w.b.t..'Allahumma La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin' (Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim), doa Nasi Yunus ketika dlm perut ikan..jarang skli buat ayam panggang ni, klu ikan bakar tu ada la jgk bila rsa teringin..klu ada pun bkar utk buat ayam percik, ayam ni pun seakan ayam percik yg sos merah tu..cuma ni sosnya jenis sambal, guna cili merah dan bawang kisar..dan yg penting ada aroma daun limau purut, memang buat mkn nsi bertambah2..penyediannya pun xde susah mana, maz panggang guna kuali ajaib je, nk guna oven pun bleh..klu rajin lagi atas arang la, kat rmah ni mna nk nyalakan api..nanti berbunyi lak smoke alarm dlm rumah..Inyaa Allah jumpa lagi dan maaf atas kekurangan yg ada..

cili padi maz tak letak banyak nanti pedas anak tak bleh makan, tpi klu yg jenis tahan hidup berair sambil mkn tu..bleh la letak lebih sikit, lagi sedap kan..

AYAM BAKAR SOS MERAH by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1kg ayam - potong 4
  • 1/2 labu bawang besar *
  • 2 uals bawang putih *
  • 1/2 inci halia *
  • 1/2 inci lengkuas *
  • 1/2 inci kunyit *
  • 3-4 biji cili merah *
  • 2 biji cili padi merah - boleh tambah atau kurang *
  • 1 sudu besar air asam jawa
  • 2-3 helai daun limau purut
  • 1 batang serai - ketuk
  • garam, gula secukup rasa & sedikit aji jika suka
  • minyak untuk menumis secukupnya
Cara

1. Cuci ayam bersih dan toskan.
2. Dengan pengisar kering, kisar lumat semua bahan bertanda * dengan 2 sudu besar air.
3. Dalam kuali, panaskan minyak untuk menumis secukupnya, tumis bahan kisar bersama daun limau purut dan serai biar pecah minyak sikit.
4. Masukkan sedikit air, (dalam 1/2 cawan ke) air asam jawa, garam, gula dan sedikit aji jika guna, kemudian masukkan ayam dan masak sambil dibalik ayam sekali sekala agar ayam mesra dengan bahan rencah.
5. Masak hingga ayam masak dan kuah jadi pekat sikit, padamkan api.
6. Masukkan ayam dalam pemanggang, letak sikit sos atas ayam, maz guna pemanggang ajaib je atau boleh juga panggang dlm oven atau atas arang.
7. Panggang selama 7-10 minit dikedua bahagian, bila nak masak bahagian satu lagi tu, letak sikit sos atasnya.
8. Bila dah masak, tuang baki sos atas ayam dan hidang bersama nasi putih.

versi ayam ni baru la anak mkn, klu buat ikan bakar tu berdua dgn suami je la..abangngah pun suka lauk ayam bakar ni, tambah nasi lagik..adik afiq siap meratah, sedap katanya..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...